`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 14, 2013

Gempar : Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO..Habislah Rafizi

Habislah Rafizi.. Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO..


Tercari-cari aku laporan yang menjadi bahan ketawa PKR Pandan ini semalam.. bagaimanapun setelah hampir dua jam cari dalam Google tengahmalam semalam tak jumpapun.. hari ini dah ada dalam satu portal yang dibiayai oleh UMNO/BN bagi menghadapi PRU14 nanti..

Ianya tentang bagaimana Noh Omar yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang berjaya diperbodohkan oleh seorang Petugas PKR Pandan yang mendakwa dirinya ialah 'Orang Kanan' Rafizi.

Tapi samada Noh berjaya diperbodohkan oleh pemuda itu atau beliau telah diperbodohkan dengan jayanya oleh ahli-ahli UMNO Pandan.. kurang pastilah aku..

Kemungkinan besar Noh telah diperbodohkan oleh ahli-ahli UMNO Pandan sendiri.. sebab Mahathir sendiri pernah berkata dalam UMNO yang bodoh biasanya akan melantik yang lebih bodoh dari mereka sebagai pemimpin..

Tujuannya ialah supaya mudah diperbodohkan untuk tujuan mengawal projek-projek...

Dari gambar yang dipetik dari Facebook Noh Omar sendiri ini, kelihatannya yang hadir hanyalah mamat itu seorang, tapi dikatakan yang keluar PKR ialah 70 orang..


Tentang gambar kononnya Noh Omar memegang borang 70 ahli baru tu.. tak payah nak kelentong la.. aku pun pernah buat kerja macam tu..

Cuma susah sikit nak bohong Anwar Ibrahim.. sebab sebelum diberitahu jumlah yang akan sertai PKR dia nanti tanya "Mana depa?.." dia nak tengok dulu..

Tapi.. dalam berhati-hati Anwar Ibrahim tu.. kena tipu jugak dengan aku sekali sekala... ha..ha..ha..

Berbalik kepada perkara Noh Omar diperbodohkan itu.. Rafizi dah jelaskan bahawa lelaki yang bernama Aziz itu hanyalah seorang petugas PKR Pandan semasa PRU13 lalu.. silalah baca di SINI

Sebab beliau menyertai UMNO juga telah dijelaskan di SINI

Bagaimanapun ini kenyataan nak cover malu  Noh Omar juga dipetik dari laman Facebook nya..

Tahniah kpd Ketua UMNO Pandan dan pimpinan bhgian yg brjaya bawa msk ahli2 hardcore PKR ke dlm UMNO. Sy menerima 70 borang keahlian mrk utk msk UMNO sebentar td dan penutupan bilik gerakan PKR Pandan. Bendera UMNO secara rasmi dikibarkan di depan bilik gerakan tersebut. Sy ditnya tentng knyataan YB Pandan dlm Sinar Harian. Sy berpendapat itu kenyataan org kecewa bila panglima dh tinggalkan mrk. Dah jadi adat PR, UMNO dituduh mcm2 utk menutup kelemahan mrk

Kalau korang tengok gambar paling atas tu betul-betul.. pentas itu dipenuhi oleh macai-macai UMNO saja.. kalau benar ada 70 ahli PKR Pandan yang telah menyertai UMNO sekurang-kurangnya ada 20 atau 30 orang yang tak memakai baju BN atas pentas tu..

Kesian kat Noh Omar... terdesak nak kembalikan keyakinan ahli UMNO Pandan diperbodohkan oleh ahli UMNO Pandan sendiri..

Kos majlis berapa agaknya??

Ini laporan dari media yang dikatakan dibiayai oleh BN bagi menghadapi PR dalam ruang internet ini pada PRU14 nanti..

Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO 


PANDAN 13 Nov - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti itu kerana terlalu memandang rendah terhadap ahli parti dari akar umbi.

Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Pandan Abdul Aziz Jusoh berkata, beliau kecewa dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kerana telah mengaibkan beliau.

"Saya kecewa sebab dia (Rafizi) mengaibkan saya.

"Saya keluar parti, saya tidak puas hati dengan PKR dan saya hilang kepercayaan dengan pemimpin parti yang terlalu pandang rendah dengan orang bawahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Turut hadir menerima borang keahlian Ketua UMNO Bahgian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan dan ahli-ahli jawatan kuasa bahgian.

Dalam ucapan Abdul Aziz kepada orang ramai, beliau menjelaskan dirinya telah diaibkan di dalam akhbar sinar seolah-olah beliau meminta sedekah.

"Saya berkerja siang malam pagi petang langsung tidak berterima kasih.

"Sejak tahun 1999 saya buka bilik gerakan di rumah saya, saya tidak pernah meminta satu sen pun. Tapi hari ini dia (Rafizi) keluar kenyataan menyatakan saya minta duit sewa bilik gerakan, macam inikah pemimpin?." katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz juga telah membawa 70 orang ahli PKR cabang beliau masuk menyertai UMNO dan bilik gerakan yang dibuka sejak tahun 1999 itu serta merta ditutup ~ Rakyat News

Kesian dia.... kena kencing..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.