`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 25, 2013

Isu Bil Elektrik Mahal : Takan Nak Guna Lilin? - Najib Bidas Rakyat.

Tahu pula ko ek piem. Pandai ko menjawab kan. Takan nak guna lilin. Takan makan nak guna lilin. Perkara tue normal pada ko sebab ia kediaman tersebut menganjurkan pelbagai majlis rasmi [dan mungkin tak rasmi juga] yang melibatkan penglibatan ko selaku perdana menteri of Malaysia.

Macam tue juga la yang rakyat rasa bila mana korang semua asyik bagi hujah2 bodoh menasihatkan rakyat agar berjimat cermat setiap kali selepas naikkan macam2 harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

Bila krisis harga ayam naik, menteri ko suruh boikot ayam. Ayam tue keperluan. Bahkan antara ayam, ikan dan daging, harga ayam la dalam kategori mampu milik dan lebih berbaloi dibeli sebab ikan isi sedikit dengan harga yang mahal, daging memang la semua isi tapi harga dia mahal dan dapat sikit jek [dari segi gram] dan satu2nya yang mampu rakyat makan ialah AYAM.

Tapi harga ayam pun dinaikkan. Harga barang2 dapur pun makin mahal. So rakyat nak makan apa lagi? Yang dipersoalkan disini ialah kualiti hidup rakyat semakin merosot. Apa itu? Maksudnya jika dulu mampu makan ayam sekarang nak makan ayam pun rasa takut. Bila kita mula berkira2 nak makan benda yang elok, kita makan benda2 yang kurang elok dan jejaskan tubuh badan sendiri. Bila sakit, dan tak mampu nak bayar bil perubatan, akhirnya kita tunggu masa untuk mati.

Jika di negara barat, beras perang lebih murah sebab nak galakkan rakyat makan benda2 yang menyihatkan. Di negara ini beras perang mahal tetapi nak galakkan rakyat makan makanan yang berzat tapi makanan berzat semua mahal nak mampos sedangkan proses penyediaan makanan berzat tak la serumit makanan yang tak berapa nak berzat. 

Di negara ini, konsep yang diamalkan sangat mudah sekali kalau ko faham keadah asas nya. Bab kereta as contoh.

Kereta sudah la mahal, cukai pun mahal, minyak pun mahal, sekali ada tol lagi, jalan pun haprak, kereta mahal pun kualiti biasa, nak kualiti tip top, lebih mahal lagi, hutang la pula, riba, bayar tiap2 bulan pun mahal, bila dah habis bayar hutang, kereta start meragam ah sudah. Konsep rumah pun sama macam neh. Konsep kerja pun sama macam neh. Konsep perubatan pun sama macam neh. Konsep pendidikan pun sama. Semua konsep yang kerajaan tekankan ialah konsep kapitalism yang menekankan ciri2 duit adalah penting untuk segala2nya. Jika nak rasa lebih selamat, lebih sihat, lebih terjamin dari segi kualiti hidup, pastikan ko ada lebih wang. Dalam erti kata lain, jika kita takde duit, kita dipersilakan pergi kat mana2 tanah lapang, korek lubang dan tanam diri sendiri. 

Mungkin untuk penyokong2 BN yang malas nak berfikir takan dapat faham jika aku ulas secara tulisan panjang2. Ini aku bagi keterangan yang simple. Agak2 kalau yang neh pun tak boleh faham juga, pergi la ke mana2 tempat yang tersorok ke, terlindung ke dan duduk diam2 disitu sambil berfikir, kenapa aku dilahirkan dengan begitu bodoh sekali di dunia neh sedangkan ramai kawan2 sentiasa membantu aku agar aku keluar dari kebodohan ini. Fikir sampai ko temui jawapan nya oke.

Untuk family yang dah berkahwin dan ada anak2. 

Gaji tahun 2012 : 1,500 sebulan
Perbelanjaan : kereta = 450, rumah = 500, minyak+tol = 300, duit dapur = rm500

RM1,750.

Gaji sebulan RM1,500 jer. 

Sekali tak cukup la pula. So bini pun kena kerja sekali. Kat sini masa untuk menjaga dan bersama anak2 dah hilang/susut disebabkan bini kena kerja untuk sama2 membantu suami yang terjejas akibat kos sara hidup yang tinggi. Ini tak masuk lagi bab beli belah macam baju, seluar dan perabot dan sebagainya. Takan rumah nak kosong? Takan anak2 tak perlukan baju? Takan tak payah beli ubat gigi? Takan kereta tak perlu maintainance? Takan rumah tak perlu diselanggara seperti kadang2 lampu rosak la, kena bayar bil api la, elektrik la. Tak masuk lagi bab internet. Tak masuk lagi bab topup hp. Kalau guna line kena bayar tiap2 bulan. Ada banyak lagi perbelanjaan2 sampingan yang mana kalau kita perincikan setiap satunya, dengan gaji rm1,500 sebulan kita takan boleh hidup dengan baik di negara ini. Kalau anak2 bersekolah macam mana? Duit buku? Duit tambang bas? Duit perbelanjaan? Duit kelas tambahan? Apa lagi agak2nya yang rakyat kena boikot atau potong? Atau mungkin rakyat perlu boikot perkahwinan? Jangan ada isteri, jangan ada anak dan jangan ada seks?  

Gaji tahun 2013 : 1,600 sebulan [dapatla kenaikan gaji rm100 berbanding tahun lepas, ingatkan dapat save apa2 yang perlu]

Perbelanjaan : kereta = 450, rumah = 500, minyak+tol = 400 [naik seratus disebabkan kenaikan harga minyak menambahkan perbelanjaan], duit dapur = rm700 [naik rm200 disebabkan kenaikan minyak tadinya].

RM2,050

Gaji RM1,600 - 450 kurang. Nasib baik bini bekerja. Ingatkan nak suruh isteri berhenti, sekali kenaikan gaji tak membantu untuk mengimbangi perbelanjaan tadinya disebabkan kenaikan2 minyak dan harga barang2 dapur.Gaji naik rm100, tetapi kos perbelanjaan bulanan naik 300.00. Masyarakat mula jadi kedekut dan berkira. Takut nak menderma. Aku pun tak cukup neh. Macam mana aku nak bantu orang?

Nampak tak bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi sikap dan pemikiran masyarakat. Kualiti hidup rakyat semakin merosot kerana mereka diseru untuk berjimat cermat sentiasa. Sedangkan selama ini bukan la mereka bermula dengan boros untuk di akhiri dengan jimat-cermat. Mereka bermula dengan ikat perut, kini perlu lupakan yang diri mereka sebenarnya eh aku ada perut ke? Kerana mereka perlu utamakan perut2 lain seperti perut isteri, dan perut anak2.

Berapa ramai sebenarnya rakyat macam neh kat negara neh? Ramai. Sebab tue JKM sendiri tak tertanggung nak bantu satu persatu disebabkan ramainya orang miskin di negara ini. Sebab tue 80% yang bekerja di negara ini tak bayar cukai pendapatan individu disebabkan gaji yang rendah dengan masa bekerja yang lama. Walaupun tak bayar cukai pendapatan, mereka terpaksa pula bayar cukai2 lain. Yang mana nak sebutkan satu persatu disini nanti thread neh jadi panjang la pula. 

Itu tak masuk lagi kos sara hidup selepas GST. Ini kita citer kos sara hidup sebelum GST. Selepas GST macam mana pula kisahnya.. adakah manusia2 terpaksa operate untuk buang terus perut dari badan mereka agar mereka boleh terus hapuskan rasa lapar? Tak payah makan terus nampaknya lebih baik dari suruh boikot, kan? Itu lebih menjimatkan, betul tak? 

Kualiti hidup rakyat semakin merosot disebabkan mereka sudah tak terdaya lagi nak mengejar semua benda2 yang semakin lama dilihat semakin mahal dan jauh dari mereka. Jika dulu mampu beli telur sekarang nak makan maggie dengan telur pun rasanya mahal. Bila ekonomi rakyat teruk, faktor jenayah pun naik mendadak. Sudah la kos sara hidup tinggi, rasa selamat semakin kurang, bahkan untuk rasa selamat, kita kena beli pula rasa selamat ini. Inilah konsep capitalism. Jika hanya dengan lilin, baru PM nak memahami apa yang rakyat rasa, maka tolong gunakan lilin di setiap kediaman rasmi piem selepas ini. Orang kata selagi tak rasa selagi itu tak faham. Maka memang aku nak piem guna lilin. Gunakan saja lilin. Bahkan tolong mandi guna air hujan. Dan jika nak buat apa2 event, tadah air hujan, suling sendiri dan selepas bersih boleh gunakan untuk memasak. Buat la apa saja untuk memaksa diri ko memahami apa yang rakyat rasa, Najib. 

Nota : Najib kata kalau nak buat seminar kat sana percuma. Ye ke? Aku nak buat seminar juga, percuma juga ke? Kalau free memang aku nak buat. Seminar pasal bagaimana kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi mempengaruhi kualiti hidup rakyat. Aku harap yang boleh jadi peserta2 dia ialah menteri2. Senang sket nak berbual secara live. Terima kasih.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.