`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 16, 2013

JAKIM kira sokong yang Internate jee, nu yang kat dalam TV dok dedah sana dedah sini apa cerita..??

JAKIM Buat Onar Lagi?

Dulu Umno tak dapat jangkakan dengan ledakan maklumat melalui internet ini. Setelah pengaruh dan kuasa Umno semakin berkurangan perlulah melakukan sekatan internet bagi menyekat suara rakyat. Itu sifar mudahnya.. jadi Umno gunalah segala jentera kerajaan bagi menghalalkan tindakan mereka.

Umno.. rakyat makin pandai, jangan cuba memperbodohkan kami.  JAKIM.. hang bekerja untuk agama atau Umno ni?

Jakim sokong sekatan internet, elak kehancuran masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan penapisan dan kawalan kandungan internet supaya media baru itu tidak memporak-perandakan masyarakat dan negara.

Jakim berkata, dalam konteks cabaran anti-Islam melalui teknologi maklumat yang hebat, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi munasabah termasuklah media sosial bagi melawan, menjawab dan menangkis serangan propaganda tipu muslihat musuh Islam serta gerakan menggugat kedudukan umat Islam khususnya.

“Umat Islam mesti sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang diperolehi adalah benar, tepat dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda musuh.

“Sidang hadirin juga boleh menjadikan media baru seperti Youtube, Twitter dan blog sebagai medium dakwah untuk menyampaikan mesej yang betul dalam ajaran Islam secara meluas.

“Sedarlah, di kala umat Islam sedang berjuang untuk mengukuhkan ekonomi dan memperkasakan bangsa, musuh pula tidak pernah leka walaupun sedetik untuk menjalankan misi menghancurkan Islam menggunakan apa sahaja strategi termasuk melalui pasukan siber yang terancang,” katanya melalui khutbah hari ini bertajuk “Kewajipan Da’ie”.

Jakim berkata, sebagai umat Islam adalah dituntut untuk mengenali agenda penghakis kedaulatan agama Islam dengan mengenali unsur yang cuba menghakis kesucian Islam.

Katanya, aliran antarabangsa seperti liberalism dan pluralisme kelihatan semakin aktif melakukan penyebaran terutamanya melalui internet yang amat pantas lagi berkesan kepada golongan muda.

“Mereka melancarkan serangan secara halus lagi tersusun dengan penyebaran berita yang menghina Islam dan umatnya sama ada melalui simbol, laman sesawang atau pun blog serta laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Berdasarkan pemerhatian mimbar, puluhan simbol dan ratusan laman sesawang digunakan bagi mengeliru dan melemahkan pegangan umat Islam yang berada di alam internet.

“Mimbar ingin menyatakan bahawa penyalahgunaan teknologi internet dan telekomunikasi adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat,” katanya.

Jakim turut mengingatkan penggunaan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat Islam adalah strategi licik musuh Islam yang berjaya digunakan untuk menjatuhkan beberapa negara Islam di Timur Tengah.

Hujung minggu lalu, Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya untuk isi kandungan internet ditapis memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan itu.

Dr Mahathir berkata, melalui internet penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantas tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

Katanya, jika dahulu penyebaran gambar lucah hanya boleh dilihat melalui akhbar dan majalah dari luar negara yang boleh disekat kemasukannya namun menerusi internet kini, ia digunakan secara berleluasa.

Beliau berkata, penyebaran bahan lucah juga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak serta meningkatnya kes rogol dan jenayah lain.

Dr Mahathir juga tidak menafikan terdapat segelintir individu yang menggunakan internet untuk belajar melakukan jenayah berat seperti membunuh serta merompak.

Beliau berkata, faktor ini juga boleh menyebabkan kestabilan dan keselamatan negara terancam, dengan memberikan contoh terdapat negara maju yang sistem keselamatan diceroboh akibat kebebasan berinternet.

Menurutnya, walaupun semasa di peringkat awal penggunaan internet kerajaan berjanji tidak akan menyekat penggunaannya, namun kini keadaan berubah dan penggunaan internet berkembang dengan meluas. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.