`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 7, 2013

Korang Pernah Nampak Tak Perempuan Celaka Ni?

Inilah salah satu celakanya bila KP biru senang dibeli!
Segala jenis binatang asing berkeliaran di negara ini......

Polis edar gambar wanita dipercayai terbabit kes samun kedai emas
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengedarkan nama dan gambar seorang wanita dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang disyaki merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, 31 Oktober lalu. 

Wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin, 27, berasal dari Lambitan, Filipina itu disyaki menyimpan sebahagian besar barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 yang disamun itu. 

"Kami percaya wanita itu adalah teman wanita kepada suspek utama dan menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku ChinWah. 

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat wanita terbabit untuk tampil memberikan kerjasama di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini, beliau berkata, polis hanya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang disamun lelaki terbabit. 

Ahad lalu, pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas itu ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang. 

Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah. 

Ku berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan pada 3 November lalu memiliki kad pengenalan milik orang lain yang dipalsukan. 

"Sebelum ini, polis menahan seorang penyelia di syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan dia disiasat di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membenarkan individu lain memegang senjata api miliknya. 

"Senjata api itu adalah milik penyelia syarikat keselamatan berkenaan," katanya sambil memberitahu syarikat keselamatan itu memiliki lesen yang sah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.