`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 15, 2013

MIC dan Waytha beri pentas untuk Raja Drama baru PKR



Kita fahamlah bahawa MIC sedang mengadakan pemilehan dan semua pihak yang berminat nak dipileh ingin menjadi juara kaum India. Namun begitu janganlah sampai terlebih hingga terperangkap dan akhirnya memberi pentas untuk raja-raja dan permaisuri drama PKR baru..

Dalam isu korban di sekolah yang dimulakan oleh seorang pengundi India parti DAP, Kamalanathan sudah banyak tersalah dalam kenyataannya mengatakan tidak boleh lakukan upacara ugama di sekolah.

Kalau begitu salahlah cikgu-cikgu mengadakan majlis mendoakan anak-anak murid kejayaan dalam peperiksaan.

Hal ini tidak benar sebagaimana ditulis Sebastian Phiu.


KUALA LUMPUR: Surat Pekeliling Iktisas yang dikeluarkan pada tahun 1976 ada mengatakan bahawa program-program keagamaan boleh dilaksanakan di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya pekeliling itu juga menegaskan penganjuran program-program seumpama itu perlu dilaksana dengan baik serta mengambil kira sensitiviti antara berbilang kaum.

"Bagi saya isu ini bukan soal pekeliling. Ia isu sama ada kita sensitif atau tidak sesama kita.

Baca sepenuh di SINI

Tempoh hari T Mohan dan Waythamoorthy telah menimbulkan isu mengenai kuil Hindu di Jalan P Ramlee. Kami memetik MIK.

Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya.
Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?

Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?

Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.

Baca sepnuh di SINI

Merdeka Online ada juga menulis isu ini di SINI.

Kita harus bersatu dan bekerjasama dalam BN dan bukan terperuk dalam politik sempit. Jauh sekali jadi raja drama seperti Surendran.

N SURENDRAN ni betul betul dah melampau. Apa maksudnya bila dia suruh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansur (Ku Nan) jadi sami, nak suruh Ku Nan murtad ke? Sebab seingat penulis, tak pernah jumpa lagi sami yang beragama Islam.

Sami apa pun lah, sami buddha ke, sami hindu ke, semua ikut agama yang dianuti masing-masing. Islam mana ada sami!!

Isunya yang sampai menyuruh Ku Nan jadi sami ini pun tentang dakwaan palsu kononnya DBKL meruntuhkan kuil, sedangkan yang diruntuhkan itu bukan struktur kuil itupun, tapi bangunan tambahan di sekitarnya yang tidak ada kena mengena dengan orang hindu nak sembahyang. 
Baca sepenuh di House PK SINI.
Surendran mengambil peluang dari isu yang dimulakan MIC.  Apabila isu ini reda, dialah yang akan terus kelihatan hero. Masaalah dah selesai tapi dia akan terus panaskan dan jadi popular sebab sanggup digantung Parlimen 6 bulan. 

Di gantung Parlimen adalah trick sama yang dibuat Gobalakrishnan dahulu, Gobind dan Anwar untuk meraih simpati dan jadi popular. Itu memang yang Surendran mahu.

Apa MIC dan Waytha dapat?

Surendran ini bukan elok pun orangnya. Dialah peguam yang akan segera pertahankan penjenayah dan sesiapa saja ada salahlaku yang ditangkap atau dilokap polis lalu tanpa periksa akan salahkan polis.
Macam mmana negara nak aman begitu?

Dia kata polis buat pelbagai salahlaku tapi macam gay takut nak tandatangan srat indemnity sebelum ikut police ketiaka buat raid.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.