`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 13, 2013

NAIB CANSELOR UiTM WAJIB AHLI UMNO?

PENGURUSAN UiTM SEKARANG GAGAL MENAIKKAN RANKING UNIVERSITI

Bukan rahsia lagi UiTM bakal mendapat Naib Canselor baru. Beberapa nama sedang dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan universiti terbesar negara itu.

Sebenarnya untuk jadi Naib Canselor tak perlu persetujuan PERKASA.

Kalau ikut PERKASA...haru...

Tetapi ada satu konvensyen yang tentunya tak bertulis: Naib Canselor UiTM mesti ahli UMNO. Setakat penyokong Kerajaan sahaja tidak cukup. Betul atau tidak?

Berapa nama yang disebut-sebut termasuk Dato' Prof Dr Mustafa Mohd Zain (Perakaunan), Prof Ir Dr Abdul Rahman (Kejuruteraan) dan Prof Dr. Rahmat (Undang-Undang).

Ada yang kata semuanya lapan nama naik ke kementerian untuk dipertimbangkan.

Kecuali Prof Dr Rahmat yang kini berada di luar negara (pernah menjadi Timbalan Naib Canselor), kedua nama di atas juga berpengalaman memegang jawatan yang sama UiTM. Malangnya Dr Mustafa dan Dr Abdul Rahman gagal membantu menaikkan martabat universiti Bumiputera tersebut. 

Kabarnya ada yang sedang melobi menteri-menteri kerana ingin menjadi Naib Canselor UiTM. 

Alahai...

Ingatlah! Jawatan Naib Canselor itu satu amanah yang wajib dipikul dengan penuh istiqomah. Jadi, apa yang penting, Naib Canselor mestilah seorang yang berpengalaman dan berkeupayaan membawa UiTM ke arah pendidikan dan pembelajaran yang berkualiti. Orang ini akan meransang peningkatan ranking universiti dari tercorot kepada kedudukan yang lebih dihormati. 

Siapakah orang itu?

Walau bagaimanapun, kalau perlantikan Naib Canselor UiTM tak perlu ikut nasihat PERKASA, nak ikut nasihat siapa pulak?

Tun Dr Mahathir?
Menteri Pelajaran?
Najib?
Isteri Najib?

Tak sabar nak tengok Naib Canselor baru yang akan membersihkan semua taik Naib Canselor lama.

Jangan ada yang fikir UiTM ini lubuk untuk menggagau emas.

Apa kata kalau sekiranya kali ini Naib Canselor UiTM dipegang oleh seorang perempuan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.