Najib, boros harta awam juga khianat...
Bagi perdana menteri, tidak membayar cukai dianggap pengkhianatan kepada negara.
Bagi NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pula, boros harta awam juga satu pengkhianatan.
Begitu Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya hari ini.
Ini kerana, kata Abdullah Zaik, pemerintah diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal umum berdasarkan syariat.
Malah, hujahnya, hasil cukai serta pendapatan negara adalah harta awam yang harus diuruskan secara berhemah.
"Jangan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah mengundi BN atau Umno sebelum ini.
"Gunalah kebijaksanaan supaya dapat menguruskan harta negara dengan baik.
"Ingatlah bahawa kebijaksanaan bukan semata mata soal teknikal pengurusan tetapi juga melibatkan budi pekerti dan hati perut," katanya.
Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara kerana kewajipan itu merupakan satu daripada semangat patriotisme.
Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara kerana kewajipan itu merupakan satu daripada semangat patriotisme.
Beliau juga berkata, tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.-malaysiakini
Rakyat elak bayar cukai pengkhianat konon,yang dok songlap harta negara berbilion2, apa pula namanya...
Overspending public funds is also treason, Isma tells PM...
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) president Abdullah Zaik Abd Rahman said those in power have been entrusted with managing public monies.
In view of this, he said it is incumbent for the government to be prudent in its management of revenue obtained from taxes and so forth.
Abdullah Zaik was responding to Najib’s statement yesterday that those who evade taxes could be considered as committing treason.
Instead, Najib had also equated the act of paying taxes, including the goods and services tax (GST), which is to be implements on April 1, 2015, to a form of patriotism.
The Isma president, in a statement today, stressed that government leaders should fear Allah with regard to exercising their duties in this aspect.
“Do not betray the trust of the people who have voted for BN and Umno. Use your wisdom to manage the funds properly.
"Remember that wisdom does not merely involve the technicalities of management, but also ethics and compassion,” he said.-malaysiakini
Warna duit RM20 yang ori tidak terang sangat macam yg palsu. Warnanya kuning air, bukan oren. Jalur kertas perak pun tak akan menimpa daun bunga raya & kalau dilihat dari jarak dekat, jalur perak tu macam disulam/dijahit di kertas, bukan ditampal atau dilukis. Lagi satu cara senang nak kenal, bau kertas yang dibuat duit ini tak sama degan kertas biasa dan tak kan berubah walaupun duit kertas tu dah lusuh,dibasuh berulang kali atau dah koyak.
cheers.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.