`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 15, 2013

PAS tolak Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara

Ia juga mahu Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat dan memberi penjelasan umum untuk menjawab dakwaan terhadap dirinya.
PETALING JAYA:  PAS membantah dengan keras sebarang rancangan untuk menjadikan peguam terkemuka Datuk Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara.
Pada masa yang sama, ia turut mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat dan memberi penjelasan umum kepada rakyat berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Timbalan Pengerusi II  Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan berkata usaha ini dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mengibaratkan Mahathir sebagai jarum yang menyucuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan Gani dengan Shafee.
“Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara,” kata Ahmad.
Kenyataan Ahmad timbul ekoran beberapa perkembangan mutakhir.
Pada Nov 1, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyaman Gani, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan 10 orang lain atas alasan bahawa Gani telah menyalahgunakan kuasa dan mendakwa dirinya dengan niat jahat enam tahun lalu.
Pada Nov 7, sebuah laman portal berita melaporkan bahawa Mahathir mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi ekoran dakwaan bahawa Gani mengupah dua perisik CIA untuk bekerja di Jabatan Peguam Negara.
Sebelum itu, Mahathir berjumpa dengan bekas setiausaha politiknya Matthias Chang, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim, Shafee dan Ramli untuk membincangkan kes salah guna kuasa Gani.
Ini termasuk pemalsuan bukti kes mata lebam (Ketua Pembangkang sekarang) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, pemalsuan gambar dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih, dan kes PKFZ membabitkan bekas pemimpin MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Ekoran perkembangan ini, Anwar menyoal kebisuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.
Sementara itu, Ahmad juga mahu Gani menjelaskan mengapa tiada siasatan dibuat ke atas bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin yang diurus-uruskan menerima RM110,000 untuk memberi lanjutan kontrak kepada syarikat tertentu.
Gani turut digesa menjelaskan ketiadaan penyiasatan ke atas kes menmbabitkan pemalsuan tandatangan setiausaha wanita Umno Baling Norhashiah Ibrahim yang dikatakan dibuat oleh Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.