`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 12, 2013

PEROMPAK DAN PEMBUNUH KEJAM Di Ambank Ditangkap Sebelum Menaiki Feri Ke Indonesia? | [EKSKLUSIF] ARDI HAMZA TERKINI

PEMBURUAN suspek kes rompakan dan bunuh Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya berakhir selepas ia memakan masa hampir tiga minggu.

KgBelungkor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan penahanan berkenaan hari ini pada pukul 7 pagi tadi di Kampung Belungkor di Kota Tinggi, Johor.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Pasukan khas Ops Cantas berjaya mengesan dan menjejaki suspek sehingga ke Johor.
“Operasi memburu suspek yang sudah hampir memasuki tiga minggu akhirnya berjaya,” katanya menurut laporan The Star Online.
Hadi berkata siasatan kini memberi tumpuan kepada tujuan suspek berada di kampung itu sama ada untuk bersembunyi ataupun melarikan diri ke Indonesia.
KgBelungkor02

Ia berikutan lokasi suspek ditahan dan Terminal Feri Tanjung Belungkor adalah dekat dan ia menyediakan perkhidmatan feri ke Indonesia ke Pulau Bintan dan ke Batam.
“Kita berterima kasih kepada kerjasama orang ramai yang memberikan maklumat penting kepada pihak polis, suspek utama kes tembakan dan rompakan di Ambank telah pun ditahan,” katanya.
Pada 23 Oktober lepas, Pegawai Operasi Ambank Allahyarham Norazita Abu Talib ditembak oleh seorang pengawal keselamatan bank itu dengan senjata ‘pump gun’ ketika beliau dan rakannya membuka bilik kebal bank itu.
Pengawal keselamatan berkenaan kemudian melarikan diri dengan wang RM450,000 dengan motosikal.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji tindakan polis yang berjaya menahan suspek melalui tweet beliau pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.