`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 15, 2013

Soalan UPSR bocor

soalan bocor upsr untuk dapat 5A
Berikut posting yang saya terbaca berkenaan soalan UPSR bocor, dalam wall seorang rakan FB pagi tadi...
"Penat kami mengajar selama 6 tahun, dari tak mengenal apa-apa huruf, akhirnya mampu membaca dan menulis, tapi menjelang malam peperiksaan UPSR, ada kawan-kawan yang menerima set jawapan untuk soalan yang akan keluar besok..."
Sambungnya lagi...

"Sebagai guru kami tersepit... memilih untuk tidak memberitahu pelajar dan membiarkan mereka menjawab seupayanya agar kami para guru dapat mengetahui tahap dan kemampuan kami mengajar, atau ingin melihat murid kurang cemerlang juga menggondol 5A dan memperbaharui rekod sekolah"
Betulkah soalan UPSR bocor?

Kemungkinan soalan UPSR bocor memang ada kerana kita berurusan dengan manusia. SEcekap manapun sistem yang direka, tetap akan ada ruang untuk merosakkan sistem tersebut.

Lagipun setiap perkara yang ada permintaan, sudah tentu akan disambut dengan pembuatan untuk memenuhi segala permintaan itu. Dalam kes peperiksaan, ramai yang mengharapkan agar soalan yang akan keluar esok ada di dalam tangan agar hidup tidak menyusahkan buat mereka belajar dan memerah otak menghafal serta memahami apa yang patut.

Mereka yang berikut berkemungkinan menjadi pelanggan utama untuk mendapatkan soalan bocor:

  • Para pelajar yang tidak bersedia atau sudah bersedia tetapi masih tidak yakin mampu mendapatkan keputusan yang baik.
  • Para pelajar yang tertekan dek sikap ibubapa maupun orang sekeliling yang percaya skor semua A adalah lambang kejayaan dalam hidup.
  • Para ibu bapa yang gila A. Ramai ibubapa yang histeria dengan nafsu mahu semua A pada anaknya. Ini juga merupakan sumbangan hasil daripada sikap masyarakat yang masih percaya pada keputusan peperiksaan sebagai lambang status dan kedudukan.
  • Para guru yang mahu keputusan baik untuk anam murid, keputusan keseluruhan sekolah dan seterusnya status mereka sebagai guru hebat yang melahirkan pelajar hebat.
Semua yang disenaraikan di atas adalah rentetan daripada sikap tidak memahami kehidupan sebenar dan sikap gilakan status dan nak senang mudah.

Semua masalah itu akan dapat diatasi seandainya semua orang mengambil sikap memahami bahawa kejayaan itu adalah satu proses pembelajaran dan perjalanan yang tak berhenti dan bukannya satu destinasi atau keputusan tetap.. 

Manusia suka menipu diri sendiri tetap ada sampai kiamat

Apa saja yang kita cuba lakukan untuk menghalang kejadian tidak jujur, suka menipu, nak senang cepat dan seumpamanya tetap akan menemui jalan buntu kerana jenis manusia sebegitu tak pernah habis sampai kiamat.

Jalan terbaik adalah dengan tetapkan pendirian kita dan tidak ikut apa yang orang lain buat walaupun ramai yang melakukannya. Majoriti yang mengamalkan atau mengambil jalan salah tidak membuatkan perkara bodoh menjadi pandai dan tidak juga membuatkan perkara salah menjadi betul.

5A bukan segala-galanya

Tidak dinafikan mendapat keputusan yang cemerlang adalah sasaran semua pelajar terutamanya ibu bapa yang mahu melihat anaknya berjaya.

Perlu ditegaskan bahawa ianya adalah sasaran sahaja dan bukannya wajib dapat. Sasaran perlu untuk kita berupaya memilih jalan untuk mencapainya. Kalau tak ada sasaran, tak akan ada jalan kerana semua jalan boleh diikuti.

Bila tiba keputusan dan ternyata tak dapat, ia bukanlah bermakna segalanya telah berakhir. Ia juga bukan menjadi alasan untuk kita menghukum orang yang gagal itu.

Sebaliknya ia adalah satu peluang untuk kita mengajar erti kehidupan, bagaimana menerima kegagalan dan meneruskan kehidupan dengan belajar memperbaiki diri. Itulah pelajaran yang paling besar untuk menjadi manusia yang berguna.

Lebih banyak yang kita tak dapat daripada apa yang kita dapat

Sebagai manusia normal, sepanjang hidup kita sering berhadapan dengan banyak perkara yang kita mahu tapi tak dapat. Itu perkara biasa dan kita perlu kuatkan semangat untuk terus berusaha.

Oleh itu, anak-anak perlu dididik berhadapan perkara seumpama itu dan bagaimana menerimanya dengan tenang dan positif jika kita mahu mereka jadi manusia berguna.

Orang yang gagal dalam peperiksaan yang dibimbing dengan betul untuk belajar menerimanya dan tidak berputus asa biasanya jauh lebih berjaya daripada mereka yang asyik berjaya dan berjaya sehinggalah besar dan tiba-tiba gagal.

Kegagalan yang jarang dirasai dan tidak adanya kekuatan untuk menghadapi kegagalan sebegitu membuatkan ramai orang sanggup buat perkara tak betul untuk melepaskan diri. Ini satu sikap yang merosakkan dan membuatkan bangsa jadi punah.

Mungkin kesan tidak mengajar anak-anak menerima kegagalan sudah meresap masuk kepada para pelajar kita apabila satu kajian terhadap para pelajar di sebuah universiti berprestij di negara kita mengakui sanggup untuk memberi atau menerima rasuh jika berpeluang.

Sejumlah 35% pelajar di universiti tersebut sanggup mengamalkan rasuah asalkan mereka dapat memenuhi apa yang mereka inginkan jika berpeluang berbuat begitu. Mereka inilah yang akan keluar menjadi tenaga kerja dan pemimpin masyarakat di negara kita...apa nak jadi?

Lupakan soalan bocor dan buatlah apa yang anda boleh buat

Jika anda mahu hidup selamat, perkara paling penting adalah mengenal diri sendiri. Kenali tahap kemampuan apa yang boleh dan apa yang tak boleh anda lakukan dengan baik penting untuk menjalani kehidupan yang berjaya.

Biarlah apa orang nak kata kerana orang tak mampu mengubah apa-apa yang ada dalam diri anda selain dari anda sendiri. Apa yang orang lain pandai lakukan hanyalah sekadar memuji jika berjaya dan mengeji jika gagal.

Jika kita biarkan kehidupan ditakrifkan oleh orang lain, maka kita hanya menjadi apa yang orang nak kita jadi dan tak akan pernha menjadi diri kita selama-lamanya.

Oleh itu lupakan sahaja segala soalan bocor samada UPSR atau apa saja soalan bocor lain yang ada. Hidup menjadi lebih puas dan bermakna.

- pendapatanda

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.