`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 1, 2013

Ustaz Kazim Elias kesal dicemuh orang ramai [TONTON VIDEO]

Post Pic



SHAH ALAM: Pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias melahirkan rasa kesal terhadap tindakan orang ramai mencemuhnya dilaman sosial Facebook, setelah beliau dilantik menjadi seorang dari ahli Majlis Tertinggi Umno, secara lantikan.
Kazim yang masih terkejut dengan pengumuman itu bagaimanapun berkata beliau menerima pelantikan itu bagi meneruskan perjuangan dakwahnya.
 
"Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus,
 
"Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat? Apa salahnya doakan yg terbaik, bila tidak ada orang agama dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk.
 
"Saya tak faham. Kalau tak tahu apa-apa alangkah baik kalau diam..," katanya yang dipetik daripada status di akaun miliknya di laman sosial Facebook. 
 
Antara tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah 'tanda-tanda akhir zaman, orang berilmu yang mengetahui kemungkaran sanggup mengiyakan kemungkaran demi kedudukan dan wang ringgit' selain dituduh sebagai ustaz Umno.
 
Kazim juga dicemuh sebagai kaki temberang apabila sebelum ini beliau berkali-kali menafikan bahawa dirinya adalah ahlu Umno.
 
Kazim juga disaran pelayar internet agar menolak pelantikan itu dan hanya menumpukan usaha kepada menjadi pendakwah yang disegani dan bebas daripada apa-apa ikatan.
 
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan pelantikan tambahan sembilan lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT).
 
Antaranya adalah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Luar), Datuk Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa), Datuk Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Adun) Lanchang, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Bekas Naib Canselor UiTM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Yang Dipertua YADIM) serta Ustaz Mohammad Kazim Elias (pendakwah).
 
Tengku Adnan berkata, pengumuman pelantikan berkenaan dibuat bagi melengkapkan 13 ahli tambahan MT parti itu sebagaimana yang terkandung dalam fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno. 
 
Terdahulu, Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dilantik pada mesyuarat pertama MT, 22 November lalu.
 
Mengulas lanjut Kazim berkata beliau akan mengadakan satu sidang media di PPR Setapak pada jam 9 malam ini bagi menjelaskan kepada orang ramai berhubung perkara ini.
 
"Saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dengar penjelasan saya. Dalam hal ini sepatutnya bagi pandangan atau nasihat, bukan maki hamun, fitnah dan cacian.
 
"Bab lantikan MT UMNO ni baru sangat saya dijemput, diminta bantu apa yang patut untuk Islam. Itu pun jadi masalah, jadi isu? Saya ada prinsip saya. Tak pernah dengar ceramah saya, tapi nak komen lebih-lebih,, Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yang diberi pada saya dan saya jugak kena jaga banyak perkara dari keluarga, sekolah, kuliah-kuliah saya, anak murid saya, pengikut kuliah saya dan lain lain.
 
"Bagi anda yang betul ikhlas dalam memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang seperti yang saya sebutkan tadi," tegasnya.
 
Lihat Video:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.