`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 14, 2013

'Uthayakumar dikuarantin 8 hari bersama penjenayah berat'

 

 

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar semalam didakwa dilarang polis daripada bertemu peguam dan anggota keluarga di mahkamah walaupun mahkamah memberikan kebenaran.

Peguamnya M Manoharan berkata, pendaftar Mahkamah Tinggi membenarkan anggota keluarga bertemu dengan anak guamnya, yang hadir ke mahkamah untuk pengurusan kes.
S Indra DeviBagaimanapun, selepas prosiding selesai, Uthayakumar dibawa pergi dengan cepat oleh beberapa anggota polis sebelum sempat bertemu isterinya S Indra Devi, Manoharan dan seorang lagi peguam Aftar Singh Dhaliwal.

"Inspektor polis daripada Penjara Kajang, bersama tujuh atau lapan anggota polis, menariknya dengan kasar daripada kami. Mereka menolaknya dan mereka sangat kasar.

"Mereka akan kuarantin beliau selama lapan hari di bahagian bersama penjenayah berat. Ia tempat yang sempit," kata Indra Devi kepadaMalaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.