`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 22, 2013

Zahrin jadi duta,macai2 UMNO tegar yang dok angkat teloq Najib ternganga...


Sambil menjamah nasi beriani, seorang aktivis belia di Pulau Pinang mengeleng-ngeleng kepala. 

Beliau hairan bagaimana bekas anggota parlimen Bayan Baru boleh dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia.

“Orang lain yang sudah lama berjuang dalam Umno tidak pula merasai habuan seperti itu. Ramai lagi calon lain lebih layak dan berjasa kepada Umno.

“Aku tak kisah kalau hendak lantik Ezam Mohd Nor sebagai Senator kerana penampilan begitu menonjol sebelum ini, tetapi Zahrain apa yang ada,” ujarnya.

Hujahnya berjela-jela. Keenakan nasi ditambah pula lauk pelbagai rasa membuatkan sembang kami semakin rancak di Gelugur, baru-baru ini.

Bekas pegawai Jabatan Penerangan pula mengangguk-angguk kepala. Beliau juga anak tempatan kini mengusahakan perniagaan sendiri. Beliau memberitahu tahu sangat kelibat bekas anggota parlimen itu sebelum ini. Dakwa beliau, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan PKR kerana ada episod dukanya. Ujarnya ada hubung kait rasa kecewa kerana hajat tidak kesampaian.

Kedua-duanya rakan tadi mengakui masih ahli Umno. Ahli perniagaan itu mengheret pula isu di Sungai Limau. Kata beliau kenaikan harga barang faktor utama Umno dan BN gagal di Dun berkenaan.

“Biar pun rakyat disogok janji-janji politik dan wang ringgit, namun bebanan kehidupan seharian lebih dirasai mereka,” tambahnya.

Pengerusi PKR

Pada 2 Oktober lalu, Zahrain menerima watikah tauliah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Beliau sebelum ini Pengerusi PKR Pulau Pinang. Pernah juga dilantik sebagai Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd.

Sebelum ini isu membabitkan bekas anggota parlimen Bayan Baru geger di media baru. Malah blog pro Umno juga cuak dengan habuan diberi Perdana Menteri kepada bekas Pengerusi PKR terbabit. Pelantikan itu pada awalnya nampak seperti dirahsiakan. Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini tidak menyebut nama Duta Malaysia ke Indonesia semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Ketika menjawab soalan anggota parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Hamzah menjelaskan kerajaan hanya melantik empat duta secara lantikan politik. Mereka iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datin Seri Blanche Olbery (Finland), Datuk Yong Teck Shing (Taiwan) dan Datuk Awang Sahak Awang Salleh (Brunei).

Ramai anggota parlimen hairan, timbalan menteri tidak pula menyebut nama bekas anggota Parlimen Bayan Baru, sedangkan mereka menemui bukti bergambar Zahrain hadir pada taklimat dan memperkenalkan bakal duta Malaysia. Dan kelmarin pula ada menteri menjawab lantikan yang dibuat itu mengikut Fasal 144 Perlembagaan Persekutuan.

Tidak puas hati dengan Zahrain, pegawai kerajaan terbabit menempelak, ramai lagi pegawai kanan kerajaan layak mengisi jawatan duta ke luar negara. Maka tidak salah kalau ada pihak mengandaikan pelantikan Zahrain sebagai 'ganjaran politik'. Ia merupakan habuan kerana meninggalkan perjuangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

Lebih mengejutkan lagi apabila ada pihak menyebut, ada kaitannya dengan usaha Najib mengekang pengaruh Anwar di Indonesia.

Politik habuan

Inilah antara contoh politik habuan yang sudah lama membengkak dalam ruang lingkup demokrasi ala Umno di Malaysia. Contoh klasik lain termasuk bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dilantik Duta Khas ke India dan Asia Selatan. Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting pula dihadiah Duta Khas Ke China.

Begitu juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menerima habuan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. Lebih menarik lagi apabila anggota parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis satu-satunya ahli parlimen dilantik sebagai duta. Beliau diberi hadiah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dilantik Pengerusi dan Pengarah Sime Darby. Bekas Naib Presiden Umno yang pernah digantung jawatan angkara politik wang, Tan Sri Isa Samad juga menerima habuan pengerusi Felda.

“Nampaknya tidak perlulah pemimpin Umno bersusah payah untuk menang dalam pilihan raya kerana habuan pasti menunggu mereka selepas kalah,” ujar seorang pensyarah.

Malangnya situasi itu tidak berlaku di Kelantan. Ada orang bertanya apa pula habuan diberi kepada bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh selepas tewas kali kedua di kerusi parlimen Kota Bharu, Mei lalu.

Apa khabar pula Datuk Dr Awang Adek. Sejak diketepikan tokoh muda PAS, Ahmad Marzuk Shaary di Bachok pada Pilihan raya Umum ke-13 lalu, wajahnya tidak muncul lagi.-M.Faqih,harakahdaily

Zahrain jadi duta besar ke Indonesia, dapat gaji Jusa B (lebih dari RM20,750 sebulan). Tapi hairan apa kelayakan beliau? Inikah orang terbaik untuk wakil Malaysia... Tapi yang aku sedih ada macai2 UMNO tegar ternganga dan terbeliak biji mata...


DAP was victorious due to diligence...

The DAP was victorious in the last general election because they were hardworking and good strategists.

Malacca PAS Youth delegate Azizan Lim said this while debating PAS Youth outgoing chief Nasruddin Hassan Tantawi’s keynote address at the PAS Youth Muktamar.

“Allah gave them the win because they work hard. In Malacca alone, they won six out of the eight state seats contested,” he said.

He then explained how if a student does not study and does not go for revision classes and just recite the Ya Sin (Quranic chapter), therefore they would not excel.

“That’s why we can see although the non-Muslims eat pork, they can still get 9As,” he said, further lamenting how PAS lacks good, creative strategists.

Commenting on recent cases which touch on religious sensitivities, he opined that PAS must invite non-Muslims to have dialogues for them to further understand Islam.

“However, I’ve seen on Facebook how some talk about fighting to the last drop of blood. We’re not in Palestine, this is politics, why are we talking about fighting to the last drop of blood?

“We tell them they cannot mention Allah, they cannot go to the mosques, thus when they lack understanding of Islam, we suddenly want to fight them?” he said.



He added it was important for them to tolerate everyone especially since Malaysia is a multiracial society.

“Islam tolerates many religions. For me, clashes of ideas is normal,” he said.


Meanwhile Pahang delegate Nazri Ahmad Pahang said the non-Muslim PAS Supporters Congress (DHPP) must further be educated on Islam so that they can explain Islam to other non-Muslims.

“We must guide them to be our spokesperson. And hopefully, one day, Allah will give them the guidance to embrace Islam,” he said.

A total of 673 delegates from 162 areas had cast their votes for the PAS Youth election. Results are expected to be released at 9.40 tonight.-harakahdaily



Satu lagi Projek BN,terima kasih kepada mereka yang mengundi penyangak2 ini...

cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.