`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 8, 2013

Alhamdulillah... Banjir di Melaka dah pulih..!

BANJIR DI MELAKA
Banjir di Melaka pulih, pusat pemindahan ditutup
OLEH: Tarikh: December 7, 2013

MELAKA - Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya setelah kesemua 25 mangsa yang berada pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin sejak Rabu lepas dibenarkan pulang, hari ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka Mejar Jafri Mohamed berkata pusat permindahan yang menempatkan semua mangsa daripada lima keluarga, dari Kampung Parit Penghulu itu ditutup jam 1 tengah hari tadi.

"Semua mangsa telah dibenarkan pulang hari ini dan pusat pemindahan juga telah ditutup," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata paras air Sungai Kesang berdekatan rumah mangsa yang melimpah kini berada pada paras 2.89 meter iaitu di bawah paras waspada. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.