`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 23, 2013

MB Pahang Gesa Rakyat Bersabar Tunggu Sumbangan


KUANTAN, 23 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto)meminta mangsa-mangsa banjir di negeri ini agar dapat bersabar dalam menantikan pelbagai bentuk sumbangan yang bakal Kerajaan hulurkan. Selain itu mereka juga diminta tidak mudah merungut atas apa-apa kesulitan yang dialami ataupun berebut-rebut apabila proses menghulurkan sumbangan-sumbangan berkenaan dilaksanakan. “… jangan berebut, jangan cepat ‘complain’. Sabar-sabarlah. Ini bencana alam,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada sidang media sempena Majlis Penganugerahan Sumbangan kepada Mangsa-mangsa Banjir di Perkarangan Masjid Muttaqin, Tanah Putih dekat sini semalam. “Yang hari ini dapat 1,000 (keluarga),” katanya pada majlis disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang itu, dan menambah kata, “Mangsanya bukan (setakat) 1,000 keluarga, (tetapi turut melibatkan kira-kira) 13,000, 14,000 keluarga di Pahang ini. “Sabarlah, akan dapat... Tak mahulah oleh sebab ada bantuan, nampak berebut-rebut sebagainya. Kerajaan tidak akan lupa, insyaAllah,” tegasnya dengan ahli Exco Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin dan Presiden, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Dato’ Abdul Azeez Rahim di sisi.Yang turut berangkat pada majlis yang sama ialah DYMM Sultanah Pahang serta anakanda, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang yang turut mengetuai pertubuhan bukan Kerajaan, SASET itu. Antara yang turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; Timbalan Speaker, Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Ismail Mohamed Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Maran, Dato’ Ismail Mutalib; serta ahli-ahli exco serta wakil rakyat negeri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.