`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 23, 2013

NAJIB PANAS JUBUR.. RAFIZI LEBIH ARIF DENGAN ORGANISASI PETRONAS


NAJIB PANAS JUBUR.. RAFIZI LEBIH ARIF DENGAN ORGANISASI PETRONAS ..BELIAU JAGA AKAUN 28 KOMPENI ANAK SYARIKAT PETRONAS ..BONGKAR .. Petronas bayar 90 peratus lebih mahal beli saham Progress Energy (Ainudin Othman) PETALING JAYA 20 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan kenapa Petronas membayar sehingga 90 peratus lebih mahal bagi saham-saham Progress Energy sedangkan harga gas di Amerika jatuh menjunam. Katanya, Bloomberg melaporkan pada 27 Julai 2012, Petronas menawarkan untuk membeli saham- saham Progress Energy pada harga C$22 satu saham, iaitu 90 peratus lebih mahal dari harga terakhir semasa saham-saham itu diniagakan di pasaran saham. “Nilaian semasa harga saham adalah berkait dengan nilai rezab yang dipegang. 

“Pada ketika harga gas melonjak tinggi sekitar tahun 2008 – 2010, harga saham Progress Energy tidak berubah menunjukkan nilaian C$11 satu saham itu adalah harga yang diterima pakai oleh pasaran dan industri,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN. Menurut Rafizi, alasan diberikan untuk menambah harga tawaran kononnya kerana ada satu lagi tawaran lebih tinggi dibuat sebuah syarikat. “Identiti syarikat ini adalah rahsia. Sehingga kini menjadi tanda tanya syarikat mana yang menyebabkan Petronas menaikkan tawaran sehingga membayar satu kali ganda lebih mahal berbanding nilai pasaran,” ujarnya.

 Namun, beliau menganggap alasan itu meragukan apatah lagi syarikat-syarikat besar dunia seperti Shell telah menarik diri dari membida kerana harga yang ditawarkan oleh syarikat besar dunia ini dilaporkan terlalu rendah berbanding tawaran harga Petronas. “Perkara-perkara ini menunjukkan ada yang tidak telus dalam urusan pembelian tersebut. “Saya akan menulis kepada Tun Dr Mahathir dan Datuk Kadir Jasin satu laporan lengkap mengenai perkara-perkara ini agar mereka juga boleh membantu mendapatkan komen dari pengurusan Petronas dan Perdana Menteri,” katanya Rafizi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.