`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 30, 2014

GEMPAK ! RM TERUS MENJUNAM..RAKYAT MULA SIMPAN MATA WANG ASING DARI RINGGIT !!!

Pautan kekal imej terbenam


Pelabur asing elak labur di pasaran Malaysia, lapor Wall Street Journal


Ringgit jatuh 4.5% bulan lalu sementara hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010.

Pengurus dana antarabangsa sedang mengelak daripada melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahap terendah sejak 2010, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).

Pasaran saham Malaysia lemah di mata dunia selepas jatuh 4.5% bulan lalu dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah minggu ini.

Ini meletakkan kadar ringgit terendah di Asia selepas won Korea dan peso Filipina.


Ketua Pasukan Pendapatan Tetap Asia di J.P Morgan Asset Management, Hong Kong, Stephen Chang, berkata syarikatnya sedang mengambil langkah berhati-hati dengan pasaran Malaysia kerana kadar ringgit yang rendah.

Chang berkata, susulan daripada kadar ringgit yang rendah, Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelak daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai bon tersebut.

Katanya, kenaikan kadar deposit untuk akaun pertukaran asing membuatkan pelabur Malaysia mencari jalan perlindungan daripada mata wang yang semakin rendah.

Pengurus Pelaburan di Invesco Singapore, Jalil Rasheed, berkata lawatannya ke Malaysia baru-baru ini mendapati pengeksport daripada Malaysia memegang ketat kepada mata wang Amerika Syarikat dan enggan menukarkannya ke ringgit kerana kadar dolar Amerika Syarikat semakin tinggi.

"Menjadi tren di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar mata wang ringgit daripada simpanan kepada mata wang asing kerana risau dengan nilai ringgit yang semakin susut," kata pakar kadar kewangan Asia di Deutsche Bank di Singapura.

"Pemilik bon dari negara asing di Malaysia sangat tinggi dan ini sangat merisaukan kerana ramai yang mempersoalkan kesan kepada pasaran Malaysia sekiranya pemilik asing bon kerajaan menarik balik pelaburan mereka," kata Elsie Tham daripada Manulife Asset Management Malaysia
.



Kadar petukaran pada 25hb januari 2014

Dengan kadar ringgit yang semakin rendah, Malaysia menyertai senarai pasaran saham lemah di Asia Tenggara seperti Thailand yang sedang riuh dengan bantahan politik dan Filipina yang baru ditelan taufan yang mengorbankan ribuan rakyat.

Laporan WSJ tersebut turut menuding jari kepada langkah kerajaan yang memotong subsidi bagi gula dan minyak petrol demi membendung pembelanjaan kerajaan serta menutup defisit bajet.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang tetap melabur di pasaran Malaysia kerana kadar eksport yang tinggi dan langkah kerajaan untuk menghentikan defisit dihadapi negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997 hingga 1998.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.