`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 30, 2014

Pelajar Malaysia disamun, ditikam 14 kali

Ahmad Izat Ahmad Mazni Ahmad Izat Ahmad Mazni


Seorang pelajar Malaysia di Nottingham, United Kingdom, Ahmad Izat Ahmad Mazni berdepan detik cemas apabila disamun dan ditikam 14 kali, Selasa lalu.

Melalui laman mikro Twitter miliknya, Ahmad Izat memaklumkan kejadian itu.

“...Saya dirompak malam tadi (Selasa) dan mereka ambil jam, telefon serta dompet saya.

“Kejar dan bergelut dengan salah seorang daripadanya dan dapat kembali telefon serta dompet saya. Ketika itu seorang lelaki menikam saya di beberapa tempat sebanyak 14 kali,” tulisnya.

Dalam kemas kini statusnya itu juga, Ahmad Izat memberitahu menerima 11 jahitan namun bersyukur dirinya selamat.

 “14 tikaman, 11 jahitan, tiga agak serius, hilang jam tangan tapi alhamdulillah saya selamat,” katanya.

Mangsa dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.