`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 30, 2014

Peguam Umno Shafee mahu jadi Peguam Negara untuk berkhidmat kepada masyarakat

Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi Peguam Negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan untuk membuat duit.
"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," kata beliau pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di  Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Shafee , 61, berkata terdapat  desas-desus beliau bakal menjadi Peguam Negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, lebih kurang 20 tahun lalu.
Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.
"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.
Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada tahun 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.
Beliau juga berkata pelantikan Peguam Negara adalah hak perdana menteri.
Bagaimanapun Shafee berkata, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi Peguam Negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.
"Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," kata beliau sambil menambah bahawa terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk swasta bagi  memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu.
Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail telah dilantik pada tahun 2002, adalah daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
Shafee berkata, kedudukan Peguam Negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut.
"Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya.
Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.
Pada 27 September 2009, akhbar The Star telah memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu.
Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam  dan Shafee telah didakwa dan siasatan dilakukan.
Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee sejak itu memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Beliau dipanggil untuk sesi bertemu-akhbar semalam untuk mengemas kini kepada media terhadap permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa.
Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26,di Desa Damansara unit kondominium di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai DPP di bawah Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November.
Peguam bagi pemimpin pembangkang berhujah bahawa akan bercanggah kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.
Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Di dalam akuan bersumpah sebanyak 31 halaman itu,  Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof ke rumah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Hari Raya tahun ini dan didakwa membincangkan salah laku Gani .
Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga telah mempersoalkan kesahihan dokumen itu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.