`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 31, 2014

Tiba-tiba pulak Sultan Selangor ada kuasa bubarkan DUN kalau MB letak jawatan?

Macamana pulak kalau Undang-undang Tubuh tu sendiri tak sebut "keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian" tiba-tiba Prof kangkung ni boleh kata keadaan-keadaan tu termasuk bila menteri besar letak jawatan sultan boleh bubarkan Dun.

Utusan dengan tajuk berita "DUN boleh dibubar jika MB letak jawatan" melaporkan:
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian. - Utusan.  
Ini masalah di Malaysia, ikut suka-suka depa ja nak mentafsirkan undang-undang ikut kehendak depa. Lebih kurang macam masa krisis di Perak dulu, suka-suka ja depa tafsirkan kuasa menteri besar dan kuasa sultan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak supaya kena dengan kehendak depa yang takmau DUN dibubarkan.

Di Selangor sekarang ni pulak prof kangkung tu tafsirkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor konon kata Sultan ada kuasa untuk bubarkan DUN kalau Menteri Besar letak jawatan.

Cuma yang bangangnya Utusan juga melaporkan:
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) berkata, Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian. - Ibid.
Macamana pulak kalau Undang-undang Tubuh tu sendiri tak sebut "keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian" tiba-tiba Prof kangkung ni boleh kata keadaan-keadaan tu termasuk bila menteri besar letak jawatan sultan boleh bubarkan Dun

Lagi jelas bangangnya bila Utusan juga melaporkan:
"Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.

"Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Ibid.
Jadinya, aku memang tak heran langsung kalau puak-puak penchachai di Selangor akan memanipulasi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk pastikan Anwar Ibrahim tak jadi Menteri Besar Selangor walaupun khabar angin kata Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim tu cuma khabar angin yang masih bersifat spekulasi.

Lagi satu, masa Muhamad Taib letak jawatan dulu langsung takdak pun dia sebut cerita kata Sultan ada kuasa untuk bubarkan Dun masa tu.

-cenangau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.