`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 30, 2014

18 Lebuhraya Beri Diskaun Tahun Baru Cina


KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 buah lebuh raya memberikan diskaun tol pada kadar lima peratus hingga 37.5 peratus untuk kenderaan kelas 1 mulai Khamis hingga Ahad sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Lebuh raya yang memberi diskaun ialah SMART, Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Guthrie (GUTHRIE), Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam (KESAS), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Klang Selatan (SKVE) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK), menurut kenyataan akhbar Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Khamis.

Lebuh raya yang lain terdiri daripada Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Baharu Pantai (NPE), Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Pintas Selat Kelang Utara Baharu (NNKSB), Sungai Besi (BESRAYA), Senai Desaru (SDE), Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuaraian Trafik Kuala Lumpur-Barat (SPRINT), Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lingakaran Luar Butterworth (BORR).

Sementara itu, lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang telah membuat bayaran tol secara elektronik mulai semalam hingga Selasa depan.

Lebuh raya itu melibatkan Lebuhraya PLUS (kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar, Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Kulim-Butterworth (KLBK) dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Menurut kenyataan itu, dijangkakan sebanyak 3.62 juta kenderaan akan menikmati diskaun dan rebat sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pemberian diskaun dan rebat sempena perayaan akan diteruskan sebagai menyambut seruan kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat konsesi melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di lebuh raya sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya, menurut LLM. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.