Yami Samat, ahli UMNO yang kuat dalam team B bersama dengan Tengku Razaleigh dahulu. Dia ibu kepada Dyana Daud. Saya kenal secara peribadi dengan beliau. Seorang yang mulut lepas dan tidak segan menyatakan pendapat nya dalam bahasa yang berwarna sekali. Rakan2 lain yang mengenali Yami jauh lebih lama dari saya, faham apa yang saya maksudkan.
Pernah Yami Samat beritahu saya- sudahlah Brahim Ali tu- bawak jumpa bomoh untuk kuatkan lemah tenaga batin pun aku yang cari. Demikian rapat nya Yami Samat dengan Ibrahim Ali. Hari ini Ibrahim Ali pun sama2 membantai Yami Samat. Yami mungkin sekarang sedar bahawa Irahim Ali seorang yang tidak boleh dipercayai.
Bolehkah kita percaya orang yang berdoa untuk Anwar Ibrahim segera dipenjarakan dan akan berkenduri bila Anwar masuk jel? Itulah Ibrahim Ali yang sekarang mengintai ngintai untuk masuk parlimen semula atas tiket UMNO. Marilah kita berdepan dengan fakta bahawa Perkasa itu surrogate UMNO dan pertubuhan yang mesra UMNO. Ianya bayangan ekstremisme UMNO.
Hari ini, anakya Dyana Daud bertanding untuk kawasan parlimen Teluk Intan. Dia bertanding atas tiket DAP, kerabat Pakatan Rakyat yang kerajaan takut untuk beri pendafaran.
Yang paling berguna sekali kepada yami samat ialah dapat mengetahui siapa kawan dan lawan, seteru dalam selimut yang iri hati dan dengki. Ramai rakan2 Yami dalam Semangat 46 dahulu menunjukkan belang mereka yang sebenar- tidak lebih dari golongan oportunis yang telah lama mengikis dan menghisap darah Tengku Razaleigh. Yami Samat boleh sahaja mendedahkan siapa mereka- dari seorang yang sekarang bergelar menteri yang pada satu ketika tidak ada duit lansung untuk membeli kueh untuk hari jadi anak kepada presiden perkasa yang dahulu nya pokai. Berjuta duit pemimpin Semangat 46 dihabiskan.
Yami Samat memang terlibat dalam Perkasa sejak awal. Ini kerana dia bersahabat lama dengan Ibrahim Ali yang dikatakan kuat semangat Melayu nya. Ibrahim Ali pun seorang hipokrit besar- sambil melaungkan semangat melayu, mesyin ATM dia seorang bangsa Cina.
Tentulah Ibrahim Ali yang berkawan lama dengan Yami Samat sehingga Yami membawa nya kesana sini untuk tujuan perubatan ganguan fisikal yang khusus amat merasa dibeloti apabila Ibrahim Ali mencadangkan supaya gambar nya dengan Dyana Daud dalam satu majlis diguna sebagai bahan kempen. Majlis tersebut hanya suatu jamuan kecil untuk meraikan seorang pemimpin UMNO yang mendapat gelaran ijazah doctor kehormat.
Nampak sangat, dalam apa2 pun yang dilakukan oleh presiden perkasa, dia ada agenda peribadi. Bukan sahaja semua orang tahu presiden perkasa ini seorang pelampau tapi dia juga seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak ikhlas.
Patutkah Ibrahim Ali mencadangkan gambar nya dengan Dyana Daud dijadikan bahan kempen? Ini gambar dengan anak sahabat. Ini bergambar dengan kenalan dalam suatu majlis social.
Tujuan nya ialah untuk menunjukkan konon Dyana Daud seorang pelampau Melayu dan pengikut Perkasa. Matlamat nya ialah untuk menanam kesangsian dikalangan bangsa Cina akan watak sebenar Dyana.
Ketika kempen di Teluk Intan, saya bertanya rakan2 ada atau tidak sawah bendang yang luas sini. Mereka mejawab tidak ada seluas sawah padi yang ada di kawasan seperti Sekincan, Sabak Bernnam , Sungai Besar dan sebagai nya. mereka bertanya saya kenapa? Saya sebutkan jika ada kita boleh taruh poster Ibrahim Ali yang besar di tengah bendang. Dapatlah poster itu jadi penghalau semua makhluk persosak yang akan terkejut melihat wajah Ibrahim Ali. Sayang sekali wajah Ibrahim yang bergigi jongang sudah tidak ada- jika ada segala tikus yang gigi jongang pun lari lintang pukang. Membetulkan gigi Ibrahim yang jongang itu pun Yami yang carikan doctor gigi.
Ada sebahagian dari kawan Yami dalam Semangat 46, mengeluarkan kenyataan mengutuk Yami Samat dan anak nya Dyana Daud. Bahkan ada yang cuba membangkitkan masa silam Yami. Mereka lupa pada masa silam, mereka sama juga kaki libun.
Maka amatlah kecil hati Yami akan mereka kerana, mengikut apa yang diberitahu saya oleh Yami, yang menghengtam nya sekarang banyak termakan budi dan bantuan secara lansung darinya seketika dahulu.
Suatu ketika Yami mempunyai perniagaan di KL maka ramailah rakan2 46 bertenggek keatas nya. Ada diantara mereka yang pernah mendukung Dyana Daud semasa budak ini kanak2 kecil lagi. Alangkah remuk hati Yami bila sekarang yang pernah bersahabat dengan nya dan yang pernah mendukung Dyana, menghentam nya dan anak nya hari ini.
Ada pula yang menampak sifat yang sangat ambivalent. Sekali sokong Dyana sekali tidak sokong.
Yami Samat, kamu tahu siapa sahabat dan siapa penenggek jalanan.
Posted by sakmongkol AK47
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.