`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 30, 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya menang, Mah tetap jadi menteri

Mah tetap jadi menteri sebab beliau presiden parti komponen BN.
Steven SimPETALING JAYA: Para pengundi PRK Teluk Intan jangan terpengaruh dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai jawatan kabinet kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong jika beliau menang esok.
Menurut ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim (gambar) ini adalah taktik pilihanraya BN.
“Menang kalah, Mah tetap jadi menteri sebab beliau presiden parti komponen BN. Bekas Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pun sama, kalah teruk tapi masih dilantik jadi Senator dan kemudian jadi menteri,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas komitmen Najib yang mengatakan jika Mah memenangi PRKT eluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet.
Perdana Menteri membuat komitmen itu kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China semalam.
Steven Sim bertanya apa guna Mah jadi menteri, jika beliau tak berani bersuara untuk rakyat?
“Lihat Koh Tsu Koon, tidak mampu bersuara tentang kesusahan kehidupan rakyat walaupun dilantik jadi menteri jaga prestasi (KPI) kerajaan,” katanya.
Tambahnya lagi, kemudian seorang lagi, Waytha Moorty meletak jawatan sebagai timbalan menteri kerana mendakwa kerajaan Umno-BN tak menepati janji  untuk jaga rakyat.
“Jadi Menteri dan Timbalan Menteri pun tak guna sebab Umno masih berkuasa,” dakwanya.
Katanya, kalau masuk pilihanraya demi kekayaan dan jawatan menteri maka rakyat wajib tolak.
“Saya berharap pengundi Teluk Intan menilai dengan bijak. Undi Dyana, kita dapat ahli parlimen muda, bijak dan paling penting yang berani bersuara demi rakyat. Dan bonusnya dapat menteri “free” sebab macam manapun Mah tetap akan jadi menteri,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.