`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 31, 2014

Pilihan Teluk Intan hari ini: Bakal menteri atau suara pembangkang muda yang hebat

Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Gambar fail The Malaysian Insider.Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Gambar fail The Malaysian Insider.Pengundian bagi pilihan raya kecil Teluk Intan bermula di 37 pusat mengundi di kawasan Parlimen ini, selepas dua minggu kempen yang sengit antara calon Gerakan mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon DAP mewakili Pakatan Rakyat.
DAP dijangka mengekalkan kerusi ini melalui calon baharu dalam politik, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada BN yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal.
Kerusi ini kosong selepas bekas wakil rakyatnya, Seah Leong Peng, yang menewaskan Mah tahun lalu dengan majoriti kira-kira 7,600 undi, meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei.

Mah, penduduk tempatan Teluk Intan akan mengundi di Sekolah Tinggi Sultan Abdul Aziz pada waktu pagi, manakala Adun DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu akan membuang undi pada jam 8.30 pagi.
Dyana tidak akan mengundi kerana beliau bukan pengundi berdaftar di Teluk Intan.
Pusat mengundi yang dijangka paling sibuk adalah di Taman Seri Setia (4,088 pengundi), Kampung Bahagia (3,945 pengundi) dan Jalan Batak Rabit Utara (3,920).
Suasana di Kampung Bahagia dan Kampung Banjar, yang terletak di bahagian pilihan raya yang kebanyakannya Melayu Changkat Jong, dijangka menjadi lebih hangat berikutan sokongan hampir sama banyaknya antara DAP dan BN.
Pengiraan akan dijalankan sebaik sahaja selepas pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang, walaupun satu pusat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai akan ditutup sejam lebih awal kerana jumlah pengundinya yang kecil, kata pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah, semalam.

Kotak undi pertama dijangka tiba di pusat penjumlahan undi Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib pada jam 6.30 petang, manakala keputusan akan diumumkan seawal 9 malam ini.
Pilihan raya kecil ini akan memperlihatkan 59, 927 pengundi biasa membuang undi mereka, dengan SPR menjangkakan 80% keluar mengundi, sama seperti angka tahun lalu. Semasa pengundian awal pada 27 Mei beberapa hari lalu,  95.61% atau 392 daripada 410 pengundi membuang undi mereka.
Kedua-dua calon mempunyai kisah menarik mereka sendiri untuk diberitahu: Dyana, seorang peguam yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Umno, bertukar fikiran apabila menyertai parti majoriti Cina DAP dan menjadi setiausaha politik Lim Kit Siang, ketua parlimen parti itu.
Calon yang kelihatan baik ini berusia 27 tahun, masih belia dan berpendirian anti-establishment  memenangi hati netizens, manakala pada tinjauan beliau cepat mesra. Dyana sentiasa dikerumuni oleh penduduk tempatan yang bersemangat untuk berjabat tangan dan mengambil gambar dengannya.
Tetapi mungkin ia tidak cukup kuat untuk Dyana menarik lebih ramai sokongan 23,391 pengundi Melayu, yang majoritinya memberi undi untuk Mah tahun lalu.
Manifesto beliau, juga dikritik sebagai kurang baik daripada Mah, kerana dia tidak memberikan tumpuan kepada isu-isu tempatan dengan memihak kepada dasar negara sama seperti rakannya yang lain, memperjuangkan untuk: mengurangkan kos sara hidup, memperkasakan hak wanita dan tadbir urus yang bersih.
Sebaliknya, Mah, 53, popular di kalangan penduduk tempatan, kerana menjadi ahli Parlimen di situ selama dua penggal sebelum 2008 apabila berlakunya tsunami politik.
Tidak seperti lawan beliau yang merupakan orang baru, Mah adalah presiden kepada parti komponen Barisan Nasional dan mempunyai dua dekad pengalaman politik.
Tetapi suaranya menjadi lebih lemah selepas menunjukkan prestasi kurang baik dalam pilihan raya umum tahun lalu, kekal hampir senyap apabila datang isu untuk menegur abang besar Umno.
Penyatuan Mah dengan BN dan Umno yang boleh menjatuhkan beliau dalam pilihan raya kecil ini. Walaupun Mah mengutuk kempen kotor, tetapi dia enggan mengulas mengenai kempen perkauman dan seksis menteri BN dua minggu lalu.
Walaupun kedua-dua calon berjanji kempen yang bersih, kempen untuk Teluk Intan menjadi salah satu yang paling kotor, kempen memburuk-burukkan kedua-dua calon telah merebak di kedua-dua tempat sama ada di jalanan dan di laman web.
Poster Mah diruntuh atau dicacatkan dengan perkataan bodoh, dan beliau dituduh dalam laman sosial membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita dalam satu kempennya. Kempen beliau juga terganggu dengan kempen perkauman dan seksis oleh rakan-rakan Umnonya terhadap Dyana.
Dyana diganggu dan diejek dalam beberapa lawatan kempennya, memaksa DAP meningkatkan kawalan keselamatannya semasa berkempen. Gambar pelakon Filipina berbikini, yang pengkritik beliau dakwa sebagai Dyana tersebar di internet dan diedarkan di kampung-kampung Melayu, yang diharapkan menimbulkkan kebencian di kalangan Muslim konservatif.
Walaupun kedua-dua pihak mendakwa sebagai underdog dalam pilihan raya kecil ini, penganalisis berkata kemungkinan memihak kepada Dyana kerana parti yang diwakilinya, bukan kerana idea yang dibawanya.
Walaupun jentera BN keseluruhan berada di belakangnya, Mah tidak mungkin untuk mendapatkan semula sokongan di kalangan masyarakat Cina kerana 85% daripada mereka mengundi pembangkang pada tahun lalu.
BN berkata jika Mah menang, Teluk Intan akan mempunyai seorang menteri dan seorang yang mahir dengan kawasan tersebut dan mendapat sokongan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan itu.
DAP pula berkata, Dyana akan menjadi ahli Parlimen yang akan berani menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN untuk mempertahankan kepentingan rakyat di Parlimen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.