Sunday, May 18, 2014
SEBAIK SAHAJA MB TERENGGANU BERJAYA DITUKAR KINI SUARA AKAR UMBI SUDAH MULA MENDESAK AGAR DATO' SHARKAR SHAMSUDIN PULA DILANTIK MB BARU PAHANG GANTI ADNAN YAAKOB????
Setelah negeri Terengganu mendapat Menteri Besar baru dengan menukar ganti Dato' Seri Ahmad Said kepada Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, sudah ada gerak kerja di peringkat akar UMNO Pahang,terutamanya UMNO Bahagian Temerloh maukan agar Dato Seri Adnan Yaakob ditukar dengan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin
Sharkar Shamsudin jua adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang danAhli Majlis Tertinggi UMNO Lantikan.
Desakan pertukaran MB Pahang ini bukan perkara baru tetapi ianya menjadi semakin kuat dan keras sejak Najib Razak berjaya menukarkan Ahmad Said kepada Ahmad Razif Rahman baru-baru ini walaupun menimbulkan krisis yang hampir membawa UMNO/BN tumbang tergolek dog di Terengganu tetapi berjaya dipulihkan dengan semua ketiga ADUN termasuk Ahmad Said membuat pusingan U 360 darjah atas alasan terkejut dan merajuk sekejap.
Pada pandangan akar umbi seperti mana yang diberitahu tetapi sukar mau disahkan ... masanya sudah tiba Pahang mendapat Menteri Besar yang baru .. pertukaran jika berlaku tidak sedikit pun akan menghadapi masalah yang serupa seperti jirannya Terengganu malahan akan disambut dengan penuh riang ria oleh keseluruhan ADUN Pahang khasnya dan rakyat Pahang amnya. Ini sudah menjadi rahsia terbuka dan tidak perlu bermuka-muka.
Kehadiran Adnan Yaakob dalam kerajaan Pahang sudah melampaui had jangka waktu yang sepatutnya... Ditukar atau kerajaan UMNO/BN Pahang pada PRU 14 akan bertukar .. Itulah suara-suara rakyat bawahan.
Suara-suara itu kini ditonjolkan secara terbuka dengan beberapa kain rentang sudah tidak segan silu menyeru sambil mendesak agar Adnan Yaakob ditukar kepada Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin.
Bagi Pakatan Rakyat siapa pun menjadi MB Pahang dari kerajaan UMNO/BN tidak menghalang UMNO/BN untuk tumbang pada PRU 14 nanti ... Hanya peringkat akar umbi penyokong UMNO merasakan jika dengan melakukan pertukaran MB Pahang mereka mengharapkan tiada berlaku pertukaran parti pemerintah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.