Pembatalan cuti umum |
IPOH 31 Okt. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pembatalan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini yang sepatutnya bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, surat pekeliling mengenai pembatalan itu telahpun diedarkan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan hari ini.
Menurutnya, pengumuman pembatalan itu dibuat setelah sebelum ini iaitu pada 5 September lalu kerajaan negeri mengedarkan pekeliling mengumumkan bahawa 27 November ini merupakan cuti umum negeri.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang berlangsung semalam telah bersetuju membatalkan penetapan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
"Cuti umum sempena hari keputeraan baginda hanya akan mula
disambut tahun depan. "Selaras dengan keputusan ini, pelepasan cuti umum negeri Perak
yang sepatutnya pada 27 November ini dibatalkan dan tarikh tersebut merupakan hari bekerja seperti biasa," .- Puhat Mat Nayan.
Sebelum ini, pada 19 April lalu merupakan cuti umum negeri Perak sempena Keputeraan Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28 Mei lalu.
http://orangni.blogspot.com/2014/10/negeri-perak-cuti-umum-pada-27-november.html |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.