`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 1, 2014

[BERGAMBAR] Pemeriksaan Kenderaan Untuk Lampu HID, Plat Nombor Bermula Hari Ini


Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat 

Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard. 

Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama.

"Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan.

"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan.

"Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star.

Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan.

Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah.

Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih.

Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).

Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).


Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

"HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya.

Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian.


Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya.

mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan.

"Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya. -mstar


klik untuk besarkan pamphlet

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.