FACEBOOK sekali lagi dimanfaatkan olehoknum-oknum tidak bertanggung jawabuntuk hal-hal haram, salah satunya adalahpelacuran. Kes ini diungkap oleh badankeselamatan Eropah, Europol.
Dikutip dari Phys.org (25/11), ketua dariEuropol, Rob Wainwright berkata bila bapa ayam atau pelaku perdagangan manusiamula menggunakan Facebook untukmemerangkap wanita-wanita agar menjadipekerja seks atau pelacur.
Caranya pun cukup mudah, mereka biasanya memasang iklan kerja palsusebagai pengasuh bayi atau pembantu rumah tangga di Facebook. Saatwanita-wanita yang tergoda akan pekerjaan tadi melamar, mereka akandipaksa menjadi pelacur baru.
Ironisnya, mereka juga menggunakan teknologi lain seperti webcam danaplikasi berbual untuk memantau pekerja seks baru tersebut.
"Mereka (bapa ayam) menggunakan teknologi moden untuk melakukanpengawasan terhadap korbannya dengan lebih berkesan," ungkapWainwright.
Wainwright menambah, sekarang bapa ayam Eropah khususnya, tidak perludatang atau menghantar mereka ke tempat 'pelanggan'. Mereka cukupmemastikan kedatangan pekerja seks itu dengan cara berkomunikasi melaluiaplikasi sembang atau webcam dengan pelanggan. Kaedah ini dipandangboleh mendatangkan wang banyak namun dengan risiko ditangkap polis yangminimum.
Yang lebih mengejutkan, amalan pelacuran model ini khabarnya mampumenghasilkan wang hingga US$ 150 bilion setahun, bagi geng-geng jenayahyang menaungi bapa ayam dan pelacur itu.
"Pertubuhan jenayah tersebut sedang mengembangkan sebuah sistemperhambaan moden dengan risiko yang sangat ringan. Oleh kerana itu, kamiperlu bertindak lebih cepat dan tepat untuk membanterasnya. Selain itu,norma moral yang ada di masyarakat pun perlu segera diubah dandiperbaiki," jelas Wainwright.
Sampai sekarang, jumlah korban dari perangkap pelacuran 'canggih' inidianggarkan telah mencapai 500,000 wanita yang tersebar di seluruh tanah besar Eropah. (IH).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.