Ada beberapa kejadian pecah masuk yang melibatkan pemilik2 perniagaan dilaporkan berlaku di beberapa buah negeri yang terlibat dengan banjir. Ada yang memang mencuri dan mengambil kesempatan di kala rakyat di landa musibah dan bencana yang tidak diundang. Kepada yang mengambil kesempatan tue aku setuju sangat PDRM siasat dan dakwa. Bukan hanya premis perniagaan sahaja yang dipecah masuk bahkan rumah orang pun habis depa masuk dan lakukan kecurian.
Ini memang betul2 gampang.
Tapi. Aku confused sikit bila baca berita tadi. Dilaporkan oleh Malaysiakini ;
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sebaran video sebuah kedai serbaneka di Kelantan dipecah masuk pencuri kerana kelaparan, Khalid berkata, tindakan tetap akan diambil kerana mereka telah melanggar undang-undang.
“Itu kena lihat faktor (pesalah) dia terlebih dahulu, tapi kesalahan tetap kesalahan, mencuri, memecah kedai tetapi saya pulangkan kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman tersebut.
“Kita akan ambil tindakan kerana undang-undang telah dilanggar,” katanya ketika ditemui selepas majlis sumbangan bantuan banjir di ibu negara hari ini.
Ohh rakaman pecah masuk kedai tu aku ada tengok. Ada la page yang sebarkan. Dan page yang sebarkan tue pun dah remove rakaman berkenaan. Aku tatau kenapa dia padam. Mungkin juga atas permintaan apabila PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka2 yang mencuri kerana KELAPARAN juga akan didakwa.
Aku rasa ini kerja gila. Bazirkan duit pembayar cukai, masa, tenaga dan sumber kerajaan.
Kalau pun mangsa2 banjir itu didakwa, pemilik premis perniagaan bukan boleh dapat semula pun apa2 yang hilang.
Kan bagus kalau cakap elok2 dengan mangsa banjir. Minta mereka bayar semula makanan yang mereka ambil bila keadaan dah stabil dan berduit.
Mereka mencuri kerana mereka kelaparan. Bukan sengaja nak mencuri tapi terpaksa curi sebab perut dah berbunyik2 minta diisi. Pernah rasa lapar tak? Bukan lapar yang cikai2. Tapi lapar yang amat2. Dalam keadaan yang sangat sangat sangat sangat sangat lapar, kita tak fikir apa dah kecuali cari jalan untuk mengatasi rasa lapar tersebut. Macam mana nak atasi? Kalau tak minta mati maka minta makan la. Apa lagi.
Eh siyes la PDRM. Aku tak setuju langsung dengan tindakan pendakwaan tersebut. Aku faham. Pemilik premis perniagaan rasa teraniaya dan tertindas kerana barang2 jualan mereka hilang akibat insiden banjir. Mereka kerugian. Aku faham. Yang rosak, rosak. Yang hilang, hilang.
Tapi ada cara lain lagi yang boleh kita fikirkan. Khususnya untuk mereka2 yang mencuri akibat desakan hidup. Yang mengambil kesempatan tue lain citer la. Lantak la PDRM nak siasat, tangkap atau dakwa pun. Dah memang patut.
Ada baiknya lakukan rundingan dan perbincangan. Mangsa2 banjir neh bukan orang jahat. Jika diajak berbincang elok2 dorang pun mesti okay punya sebab boleh kawtim cara baik. Oleh kerana KPN sendiri mengeluarkan kenyataan merujuk kepada insiden video pecah masuk kedai yang tersebar tue, aku syak PDRM dah simpan rakaman tersebut untuk siasatan selanjutnya.
Sudah la berdepan masalah banjir, harta benda rosak, rumah rosak, elektrik takde, air bersih pun takde, lapar pula alih2 kena dakwa sebab mencuri akibat terdesak. Aku rasa itu tindakan gila. Menambahkan lagi masalah pada mereka yang bermasalah. Di manakah kita letak kewarasan otak kita wahai KPN oi..
Fikir2lah ek.
Btw. Polis dah sahkan setakat neh angka kematian akibat banjir ialah 21 orang dengan 14 kematian dan 4 kehilangan berlaku di Kelantan. Semalam 9, hari neh meningkat kepada 14. Adakah angka korban banjir akan terus meningkat lagi di Kelantan dan beberapa buah negeri yang lain?
Baca ;
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sehingga kini, jumlah angka korban banjir adalah 21 orang.
Manakala sepuluh orang lagi masih hilang di seluruh negara.
Kelantan, menurutnya, mencatatkan angka tertinggi iaitu 14 kematian dan empat masih hilang.
Terengganu mencatat empat kematian dan lima masih belum ditemui.
Di Pahang pula, tiga maut dan seorang masih hilang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.