Baginda bertitah bagi merasmikan Multaqa dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di SUK, hari ini.
Tambah baginda lagi, baginda yakin, segala peraturan al-Quran termasuklah peraturan dan segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah serta kebaikkan kepada seluruh alam.
“Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, tetapi ia dibuat melalui Jawatan Kuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga professional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk mereka yang berada dalam bidang perundangan,” titah baginda lagi.
“Mereka akan berbincang dan menentukan sesuatu hukum, setelah mengambil kira hukum-hukum di dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab yang berkaitan.
“Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan beta,” titahnya.
Tambah baginda lagi, baginda tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang telah dibina dan pertahankan hancur atau dimusnahkan oleh mereka yang bersikap melampau hanya disebabkan kejahilan atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur-unsur ekstrimis dari luar.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.