`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 9, 2015

Perjumpaan Paling Mengejutkan Buat Umno.. Saksikanlah


Kesemua 154 ketua Umno bahagian yang menghadiri perjumpaan bersama Datuk Seri Najib Razak hari ini berpuas hati dengan penjelasan presiden Umno itu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, perjumpaan yang berlangsung selama lebih satu setengah jam itu bersetuju masa perlu diberikan agar siasatan lanjut dijalankan kepada 1MDB.

"Beliau turut membangkitkan isu 1MDB dan isu itu dibincangkan panjang lebar. Ketua bahagian memberi kepercayan penuh kepada perdana menteri untuk menyelesaikan isu itu.

Beliau meminta ketua bahagian memberi masa kepada ketua audit negara dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) untuk menganalisis setiap aspek 1MDB."Ketua bahagian menerima penjelasan itu dan memberi jaminan isu 1MDB tidak akan memecahkan Umno dan BN," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Di antara yang kelihatan hadir hari ini naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Johari berkata senario perjumpaaan hari ini agak mengejutkan apabila tiada tentangan atau persoalan daripada ketua bahagian dan mereka bersetuju dengan penjelasan Najib.

“Setiap dari mereka bersetuju dengan penjelasan dan tiada yang berdiri menanyakan soalan,” katanya.Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Najib memberi pesanan bahawa semua ketua bahagian perlu memfokuskan kepada mencari kekuatan parti agar Umno tetap menjadi pilihan pada masa akan datang.

Katanya, Najib juga menasihatkan agar semua ketua bahagian tidak berpecah dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.“Dalam keadaan pembangkang berada di titik yang paling lemah pada hari ini, dengan ketiadaan ketua pembangkang dan ketiadaan pimpinan yang rapi dalam pembangkang, Umno sepatutnya berada dalam kedudukan yang paling kuat mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan,” katanya.

Ditanya adakah ketua bahagian yang melahirkan rasa tidak senang dengan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno, Idris berkata tiada gesaan sedemikian.“Tiada langsung. 

Kita lebih lihat secara retrospektif. Umno pernah melalui satu proses yang lebih teruk daripada itu, sebab kita pernah diharamkan suatu ketika dahulu tetapi kita masih jadi pilihan rakyat,” katanya.


Addin:

Berani ke ketua umno bahagian nak lawan big bos??.. hi..hi.. tiada keupayaan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.