`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 9, 2015

Putri Mardiana Pelakon, Ditangkap Khalwat Kali Ke2.


HALAMAN HIBURAN
Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.

Berita, Putri Mardiana Bohong, Teman Lelaki Belum Sah Cerai
“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua.

Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan. Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah.

Untuk tangkapan kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana. (http://noormalashahar.com)

Berita Kosmo!Online: Seorang pelakon wanita yang sinonim dengan filem seram ditangkap khalwat kali kedua dengan lelaki yang sama dekat sebuah rumah di Subang Mewah, Subang Jaya, awal pagi semalam.

Pelakon berusia 34 tahun yang juga janda beranak tiga itu ditangkap khalwat bersama teman lelakinya oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 4 pagi.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kehadiran pasangan bukan muhrim itu di rumah berkenaan.

Pada Disember lalu, pasangan tersebut ditangkap khalwat di sebuah kediaman dekat Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.