`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 28, 2015

APEKEHE DEMER RAMEI-RAMEI BERKUMPUL DI IPOH NI? (GAMBAR)

Ini cerita seorang pemimpin Muslimah kawasan, pre Muktamar PAS ke 61:

Satu hari dia anjurkan ceramah di kawasannya. Penceramah utama ialah Nizar Jamaluddin.

Dia berdiri di belakang hadirin saja kerana hendak memudahkannya menyelia hal-hal dapur. Seorang ustaz berdiri di sebelahnya.

Ketika Nizar berucap, ustaz itu tidak berhenti-henti bersungut macam tak gemor jer. Perkataan "menyampah" disebut berulang kali. Akhirnya Muslimah itu tak tahan mendengarnya:

"Ustaz, kalau tak suka dengor, balikle.' Tegur Muslimah itu.

Ustaz itu tersipu-sipu, tapi masih tercegat di situ. Sebab apa? Sebab dia tengah cari bukti Nizar maki- hamun ulama.

Memang takde maki hamun pun.

Nizar kalah dalam pemilihan jawatan YDP Kawasannya.

Di kawasannya pula, Muslimah berkenaan menang sebagai Timbalan Ketua Muslimah, sebab takde konsep "Cai" diamalkan di situ. Yang ada hanya salah guna hadis Nabi oleh YDP-nya, mengenai perbuatan Abu Dzar memohon jawatan pemimpin.

Ini pula gambor malam kelmarin di Manjoi, Perak. Jangan mengkomer tak tahu pulak. Yang berucap dalam gambor pertama tu ulama. Biorle gambor bicara:














Kredit gambar Dato Tarmizi Mohd Jam.

Entah kenapa diorang yang ramai-ramai ni tak terkesan dengan solat hajat "Selamatkan PAS" malam sebelum itu di Lenggong.

Agaknya tak walak kepada PJ Ex-Kastam yang "begitu lama" berjuang dalam PAS, mengatasi Ustaz Ahmad Awang dan Nizar Jamaluddin.

Geng pro-Hadi janganle nak marah dan ugut bagai. Mengkomer yang halau dengan tuduhan kononnya demer ni sekular. 

SIAPA YANG LANGGAR BAI'AH?

Mengkomer dah halau demer pergi, apekehe ugut dengan bai'ah pulok?

Terus terang Yong kaborkan di sini: Kalau mengkomer masih setia setelah kena label Erdogen, Anwarinas, jebon, tolol, anjing, etc, Yong anggap mengkomer bukan hormat ulama, tapi mengkomer muka tembok.

Cuma tembok saja yang sanggup kena pijak-pijak.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.