`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 31, 2015

Ini Kertas Pendakwaan Terhadap Najib Atas Isu Rasuah - Punca Gani Patail Kena Tendang Secara Tiba2 Dedah Sarawak Report.



Laporan terbaru dari Sarawak Report mendedahkan punca kenapa bekas peguam negara Gani Patail ditendang keluar dari jawatannya secara mengejut pada isnin lepas.

Difahamkan Sarawak Report telah menerima beberapa bukti salinan dokumentasi yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib Razak atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.

Berikut salinan yang dinyatakan ;



Salinan di atas masih berstatus 'draf' (rangka) kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan. 

Menurut Sarawak Report lagi, pada pagi isnin ketika Gani mahu memasuki pejabatnya, dia telah dihalang dan dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatannya. Bukan sahaja dia gagal memasuki pejabatnya pada pagi itu bahkan tidak berhasil mengambil apa2 dokumen sekalipun.

Pendapat aku la. Gani masuk ikut jalan belakang, bila keluar ikut jalan belakang itu padan muka dia. Aku memang takde simpati sikit pun kat mahluk tak guna tu. Tapi jika benar Gani dalam proses nak dakwa Najib, minta Gani buka mulut sikit. Ke dia pun ada rekod hitam yang perlu disimpan sampai guna peranan third party?

Hehe.

Bila korang baca kertas pertuduhan di atas, korang akan nampak hukuman penjara bermula dari 2 tahun. Fak. Rasuah 27 juta hukuman penjara start dari 2 tahun? Apa punya loose la undang2 kau neh. Patutlah Khir Toyo apa tak hel. Setakat Najib lagi la tak heran. 

Dalam pendedahan tersebut yang aku faham la. Najib luluskan dana untuk SRC. Then SRC rasuah la Najib sebanyak 27 juta sebab luluskan dana 4b sebelum ini. Betul tak?

Gila kau.

27 juta punya rasuah. 7 keturunan pun tak habis woi. Kalau aku la. Kalau mama Rosmah aku tatau la. Cincin aje 24 juta kot.

KAH KAH KAH

Apa2 pun kita tunggu la episode seterusnya. Tengok respon Gani dan Najib. Depa bersilat kita berpopcorn oke.

Bai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.