`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 29, 2015

Atas dasar prinsip, TSMY dipercayai yang mahu undur sebagai "gentleman"


Mungkin orang ramai terkejut dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin tapi sudah lama juga peramal politik jangkakan.


Malah dipercayai hal ini sudah tersebar dari.lepas raya.

Kemungkinan besar TSMY bukan digugurkan tapi sendiri undur diri secara gentleman untuk mudahkan Dato Najib selesaikan masaalah seperti 1MDB.

Jika tidak, masakan mereka kelihatan begitu mesra sekali di rumah terbuka CIMB:


Muhyiddin dan Najib ada perbezaan dari segi prinsip versus praktikal dalam pengendalian 1MDB.

Namun tidak seperti reaksi yang ditunjukkan Tun Musa dan Dato Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin hormati kuasa melantik Najib dan undur secara gentleman.

Baca kenyataan Muhyiddin berikut:

KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
 

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Manakala Najib juga jelaskan asas pertukaran kabinet:



Prinsip collective responsibility dan kabinet yang bersatu perlu dalam menghadapi masaalah untuk selesaikan. Ia perlu praktikal dan bukan hanya retorikal.

Sesuatu yang tak mungkin berlaku.
Muhyiddin bukan musa Hitam atau Anwar Ibrahim.

Muhyiddin bukan macam musa yang akhirnya mencari regu dengan Tengku Razaleigh untuk lawan Tun Mahathir.

Muhyiddin bukan macam Anwar Ibrahim yang sanggup gadaikan kepentingan alif ba ta demi kuasa dan dendam.


Dia akan tetap berperanan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan memberi timbal balas dengan berhemah.

Ucapan Muhyiddin di UMNO Bgian Cheras bukan benda baru tapi dah ada dalam ucapan Janda Baik yang di viral oleh orang Zahid.

Intipatinya bukan mengkritik 1MDB tapi pengendaliannya yang lemah dan akibat politik. Dipercayai ada banci yang dilakukan menunjukkan kedudukan UMNO begitu meruncing sekali.

Kerisauan ini sudah disuarakan oleh Muhyiddin pada Najib.

Ketika mesyuarat itu, begitu ramai sekali wartawan yang mana agak luarbiasa. Sebaik saja berita tersebar, Najib pun buat penguman kabinet.

Maka ia membuat Unspinner rasakan ia sesuatu yang dipersetujui kedua2 pihak.


Terima kasih Tan Sri dan pasukannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.