Astagha…Ustaz Najib Razak berkhutbah lagi mengenai perilaku umat Islam. Al Ustaz Najib ibni Razak al Pekani wa al wasathiyah.
Maka supaya pembaca semua mendapat perspektif yang seimbang, maka ana ketengahkan hujjah dari perspektif agama lah jua mengikut seadanya.
Kali ini dia kata Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan. Agak nya, orang Islam baru tahu akan perkara ini.
Siap dengan baca mafhum hadith lagi.
Saya sebagai bekas ketua penerangan UMNO Pekan dimana Najiib menjadi ketua Bahagian akan ulangi apa yang saya selalu kata. Bahawa bila Najib bercakap mengenai hal2 agama, ramai pendengar jatuh dari kerusi ankara terkejut.
Orang tua2 di Pekan, tahu perkara ini. Mereka bukan baru kenal Najib. Yang baru kenal jialah jenerasi muda UMNO yang tak boleh mengunyah bubblegum sambal berjalan. Termasuk segala pengampu dan penggilap buah apple.
Perbandingan Najib bercakap mengenai hal2 keagamaan Islam macam Hugh Hefner pemilik Playboy bercakap mengenai agama Kristian.
Bagaimana saya melihat Najib? Najib macam orang yang difirman Allah dalam Al Baqarah ayat 44.
Iaitu adakah kamu Najib, menganjur orang lain berkelakuan baik tapi kamu lupa mengamalkan nya terlebih dahulu sedangkan kamu membaca ayat2?
Najib sedang membawa seluruh Malaysia ke neraka jahanam ekonomi dan politik.
Rasuah berleluasa, skendel kewangan didedah satu persatu- 1MDB, KWAP, EPF, MARA , FELCRA, PPFI, SRC, FGV. Kita tunggulah Tabung Haji, Amanah Raya dan banyak lagi. Hubungan kaum menjadi teruk. Malaysia kebanjiran pendatang asing. Penjagaan keselamatan rakyat dipajak kepada warga asing. Najib membiarkan ekremisme agama menjadi jadi. Najib tak tahu nak buat apa apa.
Najib juga seperti orang yang di sebut Allah dalam Al Baqarah ayat 204.
Iaitu perihal orang yang memukau pendengar dengan ungkapan kata2 muluk mengenai dunia ini dan membibirkan Allah sebagai saksi megenai penceritaan nya, tapi sesungguh nya, Allah kata, orang macam ini ialah musuh kamu yang ketat.
Bagaimana jadi musuh ketat?
Allah terangkan lagi dalam Al Baqarah ayat 205
Yakni sebaik sabaik sahaja diluar pandangan kamu dia melakukan mungkar-dimana sahaja dia melakukan onar dan huru hara dan memusnahkan tanaman danternakan. Tapi Allah murka kedada pelaku kerosakan dan kemungakarn.
Kemusnaha kepada tanaman sudah pun terjadi; ditangan Najib- pemusnahan Felda, keberhutangan perserta FELCRA, korapsi dalam industry pertanian. Ternakan? NFC sudah berlaku bukan?
Umat Islam jangan terpengaruh dengan ungkapan kata2 pelopor wasathiyah ini. Mereka mesti ingat, intipati wasathiyah ialah melayakkan diri supaya umat Islam iaitu umat yang pertengahan jadi contoh teladan kepada kelompok dan bangsa lain. Untuk jadi contoh teladan, mesti diri sendiri dahulu menunjukkan bahawa dia berpegang kepada system nilai yang baik.
Najib memberi mini khutbah nya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.
Yang dia beri itu duit umat Islam. Karajan Najib hanya pemegang amanah menyalurkan bantuan dan sumbangan. Pada bab mengujudkan instutusi saksiah dan muamalat Islam- kita puji kerajaan Najib. Tapi pada bab mempolitikkan penyaluran sumbangan atas nama Islam , kita mengutuk tindakan lihai Najib. Islam bukan monopoli mana2 parti politik termasuk kerajaan yang berkuasa pada hari ini.
Jangan nak perli orang kerana rakyat makin sedar bahawa Najib seorang penipu bersiri. Bersyukur kepada Tuhan bukanlah boleh diterjemahkan kepada membisu bila kerajaan dan Najib melakukan mungkar.
Bahkan kalau mendiamkan dan membisukan diri ketika orang disekeliling dan kerajaan melakukan segala macam bentuk kezaliman, mengundang laknat dari Allah. Lihat Al Maidah ayat 78.
Orang Rohingya. ini trick murahan dari Najib. Orang Rohingya tiba ke darat, sudah tentu cium bumi sebab selamat dari bahaya dilautan. Mereka bukan nya tahu Malaysia bumi bertuah atau tidak. Bertuah atau tidak bukan bergantung kepada pengiktirafan pelarian Rohingya. Rakyat Malaysia yang mendefinasikan negara sendiri.
Mereka juga bukan tahu Malaysia dan pemimpin2 nya ramai yang rasuah, salah guna kuasa, mencuri wang rakyat, memalsukan harga, membuli rakyat, mengenakan cukai yang zalim dan sebagainya.
Adakah kita berharap Rohingya yang baru selamat tiba kedarat boleh menjai penganalisis politik sekoyong koyong?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.