`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 26, 2015

Kuman diseberang Lautan Nampak, Gajah didepan Mata tak Nampak.

Image result for news reports on 1MDB scandalImage result for news reports on 1MDB scandalImage result for news reports on 1MDB scandalImage result for news reports on 1MDB scandal

sudahkah melihat dan membaca dokumen asal?

Saya hendak tanya satu soalan dan para pembaca pun boleh nilaikan. Semua orang yang keluar kenyataan bahawa Sarawak Report guna dokumen yang telah diubah, palsu dan sebagainya- adakah mereka semua sudah melihat dokumen asal?

Sudahkah Zahid Hamidi sebagai contoh, melihat dan membaca dokumen asal? Dan membandingkan dengan dokumen yang dikatakan diguna oleh Sarawak Report dan menghukum bahawa ianya sudah dicemari dan dipalsukan?

ugutan ekstradisi.

Bukan senang hendak extradisi seseorang kecuali kenyataan Zahid itu dikeluarkan hanya untuk tujuan menunjukkan kepada rakyat, bahawa Zahid melakukan sesuatu untuk melindungi Najib.

Kenapa hadkan kepada Claire Ruecastle Brown? Jika Brown di ekstradisi, Zahid mesti consistent- WSJ pun kena ekstradisi. Dan ekstradisi juga semua warga asing yang menulis mengenai 1MDB . Asia Sentinel, The Economist Magazine dan sebagai nya. Punggah semua mereka ini.

hal ini satu dunia dah tahu.

Bagaiman nak lindung, jika satu dunia sudah tahu apa Pm Najib lakukan? Adakah selepas ini, Zahid mencadangkan perkara ini dibangkitkan di PBB? Bahawa press luar negara serta pertubuhan menggugat kestabilan dan keamanan negara anggota? Mungkinkah Anifah Aman bercakap mengenai perkara ini di PBB? 

jika isiu ini dibangkitkan oleh warga negara malaysia, bagaimana?

Jika Sarawak Report tidak menerbitkan pencerahan dan pendedahan mengenai 1MDB, Jho Low, Peter Mahoney, Tarek Obaid, dan lain, skendel kewangan ini masih tetap didedahkan oleh parti pembangkang.

Soalan nya: bolehkah pembangkang pula dikatakan mencampuri urusan dalam negara kerana bercakap dan mengkritk perkara yang serupa yang dibangkitkan oleh Sarawak Report?

Yang mereka bangkitkan ialah salah gunakuasa, penyongglapan wang, rasuah, dan kemungkinan jenayah sudah dilakukan oleh pemimpin negara ini terutama PM. Yang mereka bangkitkan adalah kebarangkalian suatu jenayah telah dilakukan oleh Jho Low, Nik Faisal Ariff Nik Kamil, Shahrol Helmi, Tarek Obaid, Peter Mahoney, dan rakan2 Jho Low yang lain dalam dan luar Malaysia.

tidak ada sesiapa pun melihat dokunen asal.

Saya percaya, semua yang membuka mulut mengenai dokumen dipalsukan dan diubah tidak melihat dokumen asal.  Jadi bagaimana terus bohong kepada rakyat Malaysia bahawa dokumen yang digunakan adalah dokumen palsu atau sudah diubah?

kenyataan pgi.

Adakah mereka bersandarkan kenyataan yang dibuat oleh firma penyiasat PGI yang kenyataan mereka belum dapat disahihkan dalam forum yang sesuai seperti dalam mahkamah terbuka? PGI diupah oleh Petrosaudi- dia tentu cakap perkara yang menyokong Petrosaudi. Sandaran yang tidak kukuh.

Rahman Dahalan tidak pernah tengok, Shabery Chik tidak pernah tengok, polis pun tak pernah tengok. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, supaya tidak timbul dakwa dan dakwi, bahawa dokumen sudah dipalsukan dan diubah.

apa sebetulnya kesalahan xavier justo dan kaitan nya dengan malaysia.

Apa kesalahan yang Xavier Justo lakukan sebenarnya? Zahid Hamidi kata mungkin bawak Justo ke Malaysia untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia. Kesalahan Justo dilakukan dimana?

Tuduhan menyatakan Justo melakukan peras ugut berlaku di Thailand. Yang ada kuasa keatas Justo ialah Thailand bukan Malaysia. Namun kalau Justo dibawa ke Malaysia, baik juga kerana lawyer boleh tanya Justo dl mahkamah terbuka.

Justo dituduh melakukan peras ugut keatas majkan nya, Petrosaudi. Petrosaudi pula dilapurkan telah membayar sejumlah wang kepada Justo untuk tutup mulut. Boleh jadi tak cukup maka Justo ugut Petrosaudi.

Itu antara dia dengan syarikat petrosaudi. Tidak membatalkan lapuran keatas 1MDB.

jangan dikelirukan dengan pertunjukan tepian.

Rakyat Malaysia mesti membaca langkah2 dan persembahan sampingan yang di adakan pihak penyokong Najib sebagai bertujuan memesongkan pandangan rakyat terhadap kesalahan dia.

Isu pokok ialah menjawab mana perginya baki wang 1MDB? Dan meyakinkan bahawa 1MDB ada cukup aliran tunai untuk membayar hutang dan menebus bon. Rakyat berhak beranggapan bahawa 1MDB tidak sihat kerana beberapa kali gagal membayar faedah pinjaman.

Jika tak mampu maka rakyat akan menanggung beban hutang. Peminjam tidak akan percaya apa yang disentuh oleh Najib. Najib pun tak boleh jadi jurujual pelaburan di Malaysia.

Sebenarnya, kalau Najib tidak dapat tidur malam, itu bukan masaalah kita. Masaalah kita ialah kalau kita yang tak dapat tidur disebabkan angkara durjana Najib dan konco2 nya.

Pertunjukan sampingan tak boleh batalkan isiu pegaliran duit kedalam akaun peribadi nya. USD700J ke dalam akaun nya datang dari Pak Arab dan RM42M kedalam akaun nya dari SRC. Duit SRC adalah duit rakyat. Masuk kedalam akaun peribadi sudah pecah amanah.

Ini dan banyak lagi dilakukan oleh Najib tapi rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak akan tahu jika tidak didedahkan oleh Sarawak Report, The Edge dan parti pembangkang. Janganlah terpedaya dengan air muka Najib dan mulut merah nya.

senarai pertunjukan tepian.

Setakat ini, apa dia pertunjukan sampingan? Antara nya ialah penangkapan Justo, pengakuan orang sakit mental dari Sarawak yang membuat tuduhan liar yang segera di nobatkan sebagai bukti untuk menyelamatkan Najib, rusuhan di Lowyat dan pembunuhan Najdi.

Semua ini pertunjukan2 tepian yang memesong pandangan rakyat dari kesalahan yang lebih besar.

Jangan kita terpedaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.