Setelah peguam WSJ jawab.
Lihat rajah diatas. Apa carta diatas tunjuk? Kecuali kita buta, aliran wang semua masuk dalam akaun Najib. Ini isiu yang Najib kena jawab.
Dari sumber mana? Duit siapa? Duit sumber sah, duit haram, duit rasuah yang disalurkan? Untuk apa? Kenapa dalam akaun saudara? Saluran ikut tapisan seperti dalam rajah, memungkinkan ini aktiviti mendobi wang- money laundering.
Jadi Najib ingat dia PM dan Menteri Kewangan dan tuan kepada segala hamba sahaya Melayu- dia boleh buat apa sahaja.
Sehingga ada penafian yang meyakinkan, maka kita pegang Najib sebagai bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.
Kerja mungkar ini telah didedahkan oleh WSJ dan The Edge. Apalah bengap sangat peguam, tulis surat kepada WSJ tanya, apa maksud mereka?
Kenapa tidak hasilkan video dibintangi oleh Ramesh Rao dan Lester Melanyi untuk pertikai peribadi WSJ? Kenapa target hanya SR dan Claire Rewcastle Brown? Sebab Najib dan geng serta kunco2 nya ingat, membuli rakyat sendiri lebih mudah.
Mesej yang disampaikan oleh WSJ dan SR amat jelas. Maksud mereka tidak lain bahawa PM Malaysia kemungkinan terlibat dalam pengaliran wang haram, rasuah atau penyumbang utama kepada aktiviti jenayah kewangan. Sebab itu wang masuk dalam akaun nya.
Sebagai pemilik akaun tersebut, dialah yang bertanggung jawab menerangkan mana duit itu datang, untuk apa, mengapa masuk dalam akaun.
Sehigga sekarang PM tidak disiasat. Yang kena siasat oang lain. Perkara lain disiasat. Justo lah. Orang2 yang dinamakan oleh Lester Melanyi. Kecoh di lowyat. Kecoh di Berjaya Timesquare.
Tokoh utama dalam kes ini yakni Najib Tun Razak tidak disiasat dan di caj.
Ertinya, kita jangan taruh keyakinan sangat dalam integrity pasukan penyiasat khas walaupun ianya dianggotai oleh 4 orang Tan Sri.
Saya harap pihak penyiasat memperlihatkan mereka buat kerja2 remeh ini tapi mereka sebenarnya menyiasat perkara yang sebenar nya. Iaitu adakah Najib penyumbang utama dalam isiu ini. Adakah dia actor dan pengegrak utama dalam skendel kewangan 1MDB dan akaungate RM2.7 billion dan jika ya, adakah ini asas untuk mendesak Najib letak jawatan?
Ini sebetulnya isiu yang mesti kekal dalam kepala dan minda rakyat. Bukan isiu kekalkan Najib atau tidak. Jika tak bagus, buang. Mudah. Bukan negara kiamat pun. Bukan rakyat Malaysia mati bergelimpangan atas jalan jika Najib dikeluarkan.
Sekarang apabila peguam WSJ dah jawab apa dia 2 pilihan yang PM Najib akan ambil? Saman atau tulis mohon pencerahan lagi?
Saya menulis satu artikel mengatakan, apa pasal lawyer PM najib memohon keterangan lanjut daripada artikel WSJ. Sepatutnya saman malu sahaja lah. Sekarang peguam Dow Jones pemilik WSJ sudah jawab. Panjang lebar. Saya harap peguam PM Najib faham. Jawapan nya disini. Saya membaca surat jawapan peguam WSJ. Nampak nya mereka dalam combative mood.
Mengecutkan telor kata orang Pekan.
Sila fail saman itu dalam mahkamah Amerika atau Singapura. Kita hendak lhat kejantanan PM dan peguam nya. Dalam negara bolehlah buli orang kerdil. Orang miskin.
PM Najib ingat dia tunjuk hero suruh peguam nya menulis kepada WSJ dan Dow Jones. Najib bukan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew is a pugilist. Najib?
Sebenarnya bukan kepada WSJ dia kena jawab- dia kena jawab kepada kita rakyat Malaysia.
Kita tahu langkah tersebut hanya tektik buang masa. Mungkin Najib ingat jika ada ruang masa, pasukan penyiasat khas yang dianggotai 4 Tan sri dapat membersihkan nya. Penyiasatan tersebut memakan masa dan mungikn hasilan nya nanti tidak memihak kepada Najib.
Pesong perhatian rakyat.
Jadi apa patut buat? Tuduh ini angkara Cina? Angkara DAP? Komplot Dr Mahathir? Buat video orang bercakap seperti orang mabuk? arahan seorang mabuk juga? Dan pengakuan dan rakaman video inilah diangkat sebagai ‘bukti’ untuk mempertahankan diri. Satu pengakuan sesiapa boleh bikin arahan individu yang mencurigakan dijadikan ‘bukti’ mendedahkan kepalsuan lapuran Sarawak report, The Edge dan pencetusan isiu oleh tokoh politik pembangkang seperti Rafizi dan Tony Pua.
Saya rasa minda dan pemikiran rakyat Malaysia lebih sofistikated seperti yang disangkakan oleh orang seperti Rahman Dahalan, Shabery chik dan mereka yang meremehkan azam rakyat mahu memecat Najib.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.