Perdana menteri berkata, pembelian tanah tersebut satu langkah komersil yang menguntungkan pencarum yang menyimpan di dalam agensi yang mengendalikan urusan mengerjakan haji tersebut.
"Sebelum ini disebarkan berita kononnya gunakan wang Tabung Haji nak selamatkan 1MDB.
"Walhal, urusan itu membeli sekeping tanah, urusan komersil yang akan bawa keuntungan tidak kurang RM170 juta kepada Tabung Haji," kata Najib pada majlis berbuka puasa bersama media dan blogger di pejabat Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Najib, yang juga penaung kepada 1MDB menafikan tindakan membeli tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) dari syarikat sarat hutang tersebut merupakan langkah 'bailout' seperti yang didakwa pengkritik.
"Takkan kita nak gunakan wang rakyat untuk 'bailout' 1MDB. Itu bukanlah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.
Pembelian tanah Tabung Haji itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia melibatkan syarikat milik kerajaan yang kontroversi yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion.
Tabung Haji membeli tanah itu pada harga RM188 juta daripada 1MDB pada April untuk membina menara kediaman.
Pembelian itu 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat itu, untuk plot tanah yang sama, kepada kerajaan persekutuan empat tahun lalu.
Selepas dikritik hebat, Najib akhirnya mengarahkan Tabung Haji menjual semula tanah tersebut, bagaimanapun sehingga hari masih tiada pembeli walaupun pada awalnya dikatakan terdapat pihak yang sudah membuat tawaran.
Sesetengah pengkritik menganggap pembelian itu satu “bailout” untuk menyelamatkan 1MDB yang menghadapi masalah aliran tunai yang memberi kesan kepada keupayaannya membayar balik pinjamannya.
Mereka yang lain menekankan tentang konflik kepentingan yang wujud memandangkan beberapa eksekutif tertinggi Tabung Haji juga menduduki lembaga pengarah 1MDB.
- TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.