Bimbang dengan kemelut semasa dihadapi negara, adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak mengakui membangkitkan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak tentang banyak perkara.
Nazir yang ditemui semasa menghadiri majlis rumah terbuka Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya yang turut dihadiri Najib duduk semeja dengan abangnya menjamu juadah dihidangkan.
"Saya ada berborak dengan abang saya. Tapi saya tidak akan berkongsi dengan kamu," kata Nazir semasa ditanya pemberita mengenai perbualannya semasa duduk semeja dengan Najib hari ini.
Nazir sebelum ini lantang mempertikaikan banyak isu melibatkan pentadbiran abangnya, antara yang dibangkitkannya adalah mengenai skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.