`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 26, 2015

Sekarang, bukankah mendedahkan kebenaran itu penting buat negara?



SEKILAS PANDANG: Perkara yang tidak masuk akal dari Putrajaya semakin hari, semakin teruk.

Baru-baru ini kita melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman pemberi maklumat Sarawak Report (SR) sebagai satu langkah “pencegahan” untuk “menjaga kestabilan negara”.

Ini dilakukan selepas badan itu mendakwa laman itu mengeluarkan laporan terhadap 1MDB yang berkontroversi berdasarkan dokumen yang berkemungkinan diubah.

Walaupun laman itu masih boleh diakses oleh ramai orang, tindakan untuk menyekatknya mencetuskan kemarahan orang awam kepada SKMM.

Untuk mengukuhkan lagi tanggapan yang sekatan ini tidak berasas, ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan badan itu Zulkarnain Mohd Yasin telah dipetik sebagai berkata pada Khamis bahawa masih belum ada sebarang bukti yang laman itu (SR) telah mengeluarkan laporan yang palsu.

Zulkarnain dilaporkan mengatakannya ketika satu taklimat kepada editor-editor media atas talian di Putrajaya pada pagi itu.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama (Khamis), SKMM melakukan apa yang Putrajaya sering lakukan - bercanggah sendiri, dengan mengeluarkan satu kenyataan menolak laporan berita yang memetik Zulkarnain itu.

Ia berkata bahawa laporan yang memetik Zulkarnain yang mengatakan tidak terdapat bukti SR mengeluarkan laporan palsu adalah “tidak tepat”.

“Kenyataan oleh (Zulkarnain) yang diterbitkan di beberapa portal berita perlu dilihat daripada konteks yang ianya masih lagi dalam penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis dan Pasukan Petugas Khas, dan bukan sebagai pengesahan yang tidak terdapat bukti bahawa laporan SR adalah palsu.

“Berhubungan dengan ini, tajuk utama dan artikel beberapa portal berita atas talian dalam isu ini adalah tidak tepat,” kata kenyataan itu.

Ia menambah bahawa tujuan taklimat itu adalah untuk mengingatkan editor-editor berita atas talian bahawa laporan palsu atau tidak tepat dan penyebaran maklumat sebegitu boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.

Harus diingat bahawa bukan satu, tetapi banyak portal telah mengeluarkan cerita daripada sudut yang sama daripada taklimat itu.

Apakah peluang yang kesemua mereka itu salah?

Yang mana satu sekarang ini, SKMM? Siapa sebenarnya yang salah?

Adakah kesemua portal yang hadir ke taklimat itu berkomplot untuk sengaja melaporkan berita itu di luar konteks, atau adakah Zulkarnain itu tidak tahu apa-apa seperti apa yang ditaklimatkan kepada media?

SKMM turut memberi amaran bahawa mereka yang didapati menerbitkan semula isi kandungan daripada SR mungkin akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mari andaikan yang SR menerbitkan berita berdasarkan dokumen yang diubah.

Bagaimana tentang Wall Street Journal, New York Times, Washington Post atau Bloomberg?

Kesemua agensi berita luar telah mengeluarkan laporan dalam nada yang sama mengenai 1MDB.

Adakah mereka semua turut bersubahat dengan SR untuk menggugat negara dan “menggulingkan kerajaan”?

Jadi adakah SKMM akan menyekat akses ke laman sesawang ini juga dan menyumbat semua orang yang menyebarkan laporan mereka terhadap 1MDB ke penjara?

Adakah ini cara SKMM untuk untuk menggertak pengkritik 1MDB dan Putrajaya? Lebih-lebih lagi, adakah dana yang bermasalah itu telah bebas daripada sebarang salah laku? Jadi bagaimana melaporkan dan berkongsi mengenainya amalan mereka yang didakwa tidak mengikut undang-undang itu salah?

Jika Putrajaya mahu memenjarakan mereka yang berfikir bahawa kemelut 1MDB tidak seharusnya pun berlaku dan orang-orang di belakangnya harus dipertanggungjawabkan, mereka tidak akan cukup penjara dalam negara.

Sekarang, The Edge telah pun digantung untuk tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri. Teruskan bersama kami untuk selanjutnya.

- bm.theantdaily.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.