`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 28, 2015

Terbaik Dari Pak Syukur & GHB Perak..

Dinamika politik harapan baharu Oleh A Shukur Harun 

Politik bukan sebuah dunia angan-angan dan khayalan atau sebuah mimpi indah untuk mendapatkan kuasa tetapi politik ialah sebuah dunia yang sangat dinamik, hamparan realiti dan pragmatik sifatnya. 

Sebab itulah mereka yang mahu melibatkan diri dalam politik mestilah bersedia untuk menghadapi dunia realiti, menerima hakikat bahawa politik itu – yang tentunya mengenai kuasa – bukan boleh dirancang hanya berdasarkan khayalan dan jangkaan menurut emosi serta khyalan.

Maka itu mereka yang menjadi pemimpin politik atau aktivisnya perlu bersikap realistik, menerima hakikat bahawa politik itu sangat dinamik, berubah mengikut keadaan.

Bertahun-tahun Nellson Mandela sebagai tahanan politik di Afrika Selatan kerana perjuangan aparthednya, kemudian ia dibebaskan dan menjadi presiden negaranya.

Di tanah air kita, sejak merdeka, parti politik dan pemimpinnya datang dan pergi silih berganti, menang dan kalah atas kehendak masa dan keadaan. Sebab itu Winston Churchill, bekas perdana menteri Britain yang terkenal itu pernah berkata:

“Politics is almost as exciting as war and quite as dangerous. In war you can only be killed once, but in politics many times.”

(Politik adalah hampir menyenangkan seperti perang dan cukup berbahaya. Dalam perang, anda hanya boleh dibunuh sekali, tetapi dalam politik banyak kali.)

Oleh itu dalam politik, parti dan pemimpin serta pendukungnya boleh kalah dan menang, kalah lagi dan menang lagi, begitu seterusnya.

Dalam hubungan inilah, saya kira pemimpin dan pendukung Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi parti politik tidak lama lagi sangat memahami realiti dan dinamika politik ini dengan segala risikonya.

Kalau tidak masakan pendukung GHB ini (nama sementara), dengan penuh tekad hendak menubuhkan badan politik baru.

Bukan semata-mata kerana dikalahkan dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, tetapi lebih jauh dari itu kerana didorong oleh kesedaran mereka bahawa sebuah badan politik baru yang progresif, dinamik, terbuka dan peduli rakyat sangat perlu ditubuhkan untuk mendepani cabaran yang ada.

Langkah ini sebagai respons kepada kehendak majoriti rakyat negara ini yang sudah sangat kecewa dengan situasi politik kuno yang ada sekarang yang sangat melemaskan.

Dengan dasar Islamnya yang membawa pendekatan sebagai agama Rahmatan Lil Alamin, wadah baharu ini sangat peduli rakyat, bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam.

Ia benar-benar berusaha memahami masalah rakyat dan berusaha menyelesaikannya menurut pendekatan Islam yang berpaksikan keadilan.


Inilah hasrat pemimpin wadah baharu ini dengan sikap keterbukaan mereka.

Saya amat kenal dengan para penggerak GHB ini. Mereka pernah menang dan kalah dalam pelbagai pertandingan parti dan pilihan raya negara sebelum ini, tetapi ketika itu mereka belum terpanggil untuk menubuhkan parti politik baru disebabkan ketika itu masih melihat ada harapan untuk perubahan.

Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini, menyebabkan para tokoh progresif ini mengambil keputusan menubuhkan parti baru justeru tidak ada pilihan lain kerana tiada lagi harapan berubah dari keadaan yang wujud sekarang.

Secara kebetulan, Pakatan Rakyat menghadapi krisis hingga berakhir hayatnya dengan penuh duka.


Maka itu menguatkan lagi keazaman para tokoh progresif ini untuk menubuhkan parti politik baharu yang sangat dinantikan oleh rakyat.

Kehadiran mereka di tengah pentas politik negara menghamparkan harapan kepada masyarakat sivil dan golongan anak muda serta golongan prihatin lain untuk menyaksikan suatu perubahan dari politik beku seperti yang wujud sekarang kepada wadah politik peduli rakyat.

Di sinilah politik harapan baharu kelihatan menjanjikan suasana ini.

Adapun ahli parti lama, kiranya mereka berhasrat menyertai GHB ini terpulang kepada mereka. Jika mereka mahu menyertainya dialu-alukan.

Tidak ada pujuk rayu dengan linangan air mata, justeru semua itu hak demokrasi mereka untuk memilih.


Bahtera baharu ini bukan lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah. Tetapi sekadar mengambil bahagian penting dalam usaha menyelesaikan masalah negara, sesuai dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Bahtera baharu ini sangat sedar akan cabaran besar yang dihadapinya dari segenap penjuru.

Oleh itu saya yakin pendukung GHB ini mampu untuk menghadapi semua cabaran ini.

Pengalaman mereka yang selama ini berjuang dalam politik dengan penuh integriti, keintelektualan dan prestasi yang cemerlang serta konsistensi mereka memperjuangkan sebuah cita-cita besar, Insya Allah, memungkinkan mereka terus berjuang melalui wadah baharu ini.

Saya amat kenal dengan mereka ini, antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanifah Maidin, Khalid Samad, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Suhaizan Kayat, Izham Hashim, Dr Siti Mariah Mahmud, Asmuni Awi, Datuk Seri Nizar Jamaludin dan Aiman Athirah al-Jundi dalam senarai yang panjang. Mereka adalah tokoh emas tempawan yang tinggi nilainya.

Saya yakin di tangan mereka ini wadah baru ini akan berkembang subur dengan sokongan pelbagai pihak.

Sementara itu, penyokong parti politik baru ini nampaknya gembira dengan sikap pemimpin mereka yang ‘tidak membalas serangan dengan serangan’ dari pihak yang menentangnya.

Mereka kelihatan terus tabah, sabar dan tenang kerana yakin kepada kebenaran yang mereka miliki.

Justeru mereka yang memiliki kebenaran, seperi kata Ibnu Khaldun, mampu berdiri teguh kerana kebenaran itu sendiri adalah sebuah kekuatan luar biasa.

Lebih-lebih lagi mengingat pesan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Almarhum Imam Hasan Al Banna: “Kamu sebagai pejuang Islam hendaklah mempunyai sifat seperti pohon yang berbuah. Orang melemparnya dengan batu, ia membalasnya dengan buah yang ranum.”

Maka itu, masa-masa mendatang cabaran akan lebih pahit, panas dan tajam. Inilah tanda bahawa kehadiran Gerakan Harapan Baru itu sudah dirasakan oleh masyarakat.

Kini pendukung wadah baru ini perlulah segera menyusun rancangan yang benar-benar menggambarkan peduli rakyat kerana rakyat sungguh-sungguh sedang memerhatikan mereka. -TMI

Liputan Program GHB Di Perak

Lebih 3,000 hadir menyantuni Road Show dan Pelancaran ‪#‎HarapanBaru‬ Peringkat Negeri Perak di Manjoi, Ipoh malam tadi, 26 Julai 2015. Hampir kesemua pimpinan #HarapanBaru Pusat hadir. Di Perak, badan yg bakal mengumumkan pembentukan sebuah parti politik Islam yg baharu itu, dipimpin oleh bekas Bendahari Pas Pusat, Hj Asmuni Awi dan bekas MB Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Alhamdulillah, Perak nampaknya subur utk #HarapanBaru. -Dato Tarmini Mohd Jam





ULASAN GB

Dimana-mana pun perhimpunan GHB, ribuan rakyat datang memberikan sokongan. Ia mengambil-alih tempat PAS yang kini kian lesu dan luntur.

Tetapi setiap perjuangan kebenaran dan keadilan tidak terhampar dengan permaidani merah. Ada tribulasi dan mehnah di sepanjang perjuangan.

Golongan PAS yang merasa begitu tergugat telah cuba untuk mensabotaj program-program GHB diseluruh negara.

Terbaru dikesani sebuah poster perhimpunan GHB di Jerteh telah diedit dan program itu dikatakan "dibatalkan."


Kemudian timbul pula status seorang yang berkelulusan PhD, tetapi menulis seperti seorang samseng tak lulus SRP.


Demikian membiaknya species-species samseng di dalam parti lama GB, melakukan p elbagai ancaman, ugutan, ingatan dan sebagainya untuk menghalang perjuangan GHB.

Mungkin itu yang dikehendaki oleh "Cancelor" Universiti Siku dan Lutut terhadap para graduannya...

Teruskan saja perjuangan, usah dilayan salakan anjing dan serigala itu, kabilah berjalan terus. GHB tetap muncul dan menang akhirnya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.