`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 6, 2016

[VIDEO] Rafizi Bermalam Di Lokap Jinjang, Pejabat & Rumahnya Digelidah

Setiausaha Agung PKR, YB Rafizi Ramli dilaporkan telah dihantar ke lokap Balai Polis Jinjang setelah pejabat dan rumahnya digelidah malam tadi oleh anggota polis. Kenyataannya akan diambil pagi ini dan akan ditentukan samada beliau dibebaskan atau ditahan reman.

Sebelumnya, lapan orang pegawai polis telah mengiringinya ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan naik ke tingkat dua bangunan itu yang menempatkan pejabat Rafizi dipercayai bagi tujuan penggeledahan, lapor Malaysia Dateline.



Turut berada di situ adalah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan juga Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Rafizi kelihatan ceria dan masih memakai kot iaitu pakaian lengkap di Dewan Rakyat ketika di bawa ke situ kira-kira jam 10.30 malam dan keluar dari situ kira-kira setengah jam kemudian.

Saifudin ketika dihubungi mengesahkan Rafizi dibawa keluar semula oleh polis dari pejabat itu kira-kira jam 11 malam tadi.

Selepas pejabat, Rafizi dibawa pula ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pandan pula. Selepas itu dia dibawa ke rumahnya dipercayai untuk tujuan yang sama.

Rafizi ditahan oleh polis di luar pagar bangunan Parlimen petang tadi dan dibawa naik ke kereta polis yang menunggu.

Ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah yang melihat kejadian itu telah mengekori Rafizi dan cuba untuk bercakap dengannya namun tidak dibenarkan oleh polis.

Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi (OSA) selepas beliau mendedahkan satu dokumen yang dikatakan disenaraikan sebagai Rahsia Rasmi.

Wan Azizah dalam kenyataannya mengecam sekeras-kerasnya tangkapan terhadap Rafizi ini yang dibuat "dengan cara ala Gestapo".

"YB Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah YB Rafizi seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri," kata Wan Azizah dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, PKR percaya tangkapan ini berkemungkinan besar berkaitan dokumen yang ditunjuk YB Rafizi di dalam satu sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen pada Khamis ini.

"Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap YB Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan," katanya.


KEADILAN kecam penangkapan Rafizi

Kita dikejutkan dengan penangkapan YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN di hadapan pintu keluar Parlimen petang tadi.

Saya difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi berkaitan sebuah dokumen yang berada di bawah akta tersebut.

KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tangkapan YB Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi dengan cara ala Gestapo ini, YB Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah YB Rafizi seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.

KEADILAN percaya tangkapan ini berkemungkinan besar berkaitan dokumen yang ditunjuk YB Rafizi di dalam satu sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen pada Khamis ini.

Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap YB Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan.

Pendirian KEADILAN mengenai Akta Rahsia Rasmi adalah konsisten dan jelas: KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.

Tatkala negara dilanda pelbagai masalah integriti seperti urus tadbir 1MDB dan skandal “RM2.6 bilion”, ahli-ahli politik seperti YB Rafizi, yang cukup dikenali rakyat sebagai seorang yang berani melawan kebobrokan dan salah guna kuasa pemerintah untuk selamatkan Malaysia, sepatutnya bukan ditangkap tetapi dirai kerana bangkit mempertahan integriti demokrasi negara kita.

Oleh itu, KEADILAN menggesa agar YB Rafizi Ramli dibebaskan pada kadar segera.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.