KEKUATAN NASIONAL TIDAK BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN MELAYU
Perdana Menteri Malaysia Pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman Al Haj tidak melihat pergantungan pada Indonesia sebagai penyelamat bangsa Melayu oleh kerana Indonesia yang miskin didukung oleh Komunis China yang mahu menegakkan ideology Komunis di Asia dengan bantuan Parti Komunis Indonesia(PKI).
Pandangan Tunku ternyata benar,sentimen sedarah sedaging hanya rhetoric. Acheh sendiri tidak mendapat layanan yang adil dari Jakarta maka apatah lagi jika Malaysia dengan sifat pribuminya yang lembut sekiranya berada dibawah tangan Indonesia.
Apabila kita membuka pintu negara untuk berkongsi kemakmuran dengan mereka, maka kita semakin sedar kata-kata air dicincang takkkan putus hanyalah rhetoric semata.
Orang China walaupun telah lama menjadi perompak di negara kita tetapi seperti ada etika yang tak tertulis, tidak memasuki rumah orang Melayu, tidak merompak orang Melayu tetapi orang yang datang dari tanah seberang ini disamping yang baik ,ramai juga yang datang merompak, membunuh, merogol, melarikan perempuan tanpa mengira bangsa. Rumah ketua hakim negara,pegawai polis,rakyat biasa malah rumah saya pun dirompak.
Tunku juga tidak tunduk pada sentimen rakyat selepas merdeka untuk membesarkan angkatan tentera dan mempertingkat persenjataan bagi mempertahankan negara to the last man sebaliknya beliau percaya kepada perjanjian Pertahanan Lima Negara Britain,New Zealand, Australia, Singapura dan Malaysia .Tunku cynical kepada kata-kata fight to last man dengan bertanya after the last man who is going to fight.
Apabila Seokarno mengarahkan serangan ke atas Malaysia dalam masa konfrantasi,general-general Indonesia termasuk Soerharto menentang kerana mereka tahu dengan bantuan kuasa besar,Malaysia boleh meranapkan Idonesia dalam sekelip mata sahaja tepi Tunku yang cerdik menolak cadangan British untuk mengebom Indonesia kerana kata Tunku kami hanya bermusuh dengan Soekarno dan bukan dengan rakyat Indonesia.
Dalam masa 13 Mei,kerajaan Perikatan sekali lagi menolak sentimen Melayu sekalipun masa itu orang Melayu akan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
Bukan sahaja pemimpin politik malah Pengliman Angkatan Tentera Malaysia General Ibrahim Ismail sendiri menolak idea untuk mengishtiharkan Martial law atau pemerintahan tentera yang tidak pernah terlintas difikirannya dan memberitahu suatu mesyurat Majlis Gerakan Negara “Once you do that I cannot provide any guarantee that I will be able to hold back the members of the armed forces and officers who might take over the control of the government”(Lihat buku Reluctant Politician oleh Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr.Ismail muka 191)
Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman juga menolak anjuran seorang pemimpin Pas yang menemuinya yang mengesyorkan supaya kerajaan merampas semua harta benda dan kedai –kedai perniagaan orang Cina dengan alasan inilah masa yang sesuai tetapi Tunku memberitahu saya dalam satu interviu dengannya “Ini adalah idea gila, gilakah orang susah-susah cari harta,kita nak pi rampas macam tu saja”.
Sebaliknya kerajaan pimpinan Tun Razak telah secara bijak menyerapkan idea komunis kedalam Dasar Ekonomi Baru untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang diwarisi dari penjajah .
Tidak ramai orang tahu bahawa DEB adalah dari idea James Putucheary seorang komunis yang pernah di tahan oleh Lee Kuan Yew di Singapura.
Tun Ismail menegaskan bahawa sukar untuk dinafikan bahawa idea Putucheary mempengaruhi dengan kuatnya penggubalan DEB yang mengesyorkan campurtangan kerajaan menerusi public corporation bagi membantu bumiputra berasaskan kepada bukunya Ownership and control in The Malayan Economy yang menganalisis political economy Malaya .Buku ini dipandang tinggi oleh kalangan intelektual kiri( Tun Ismail muka 216) .
Dalam masa krisis 13 Mei ,kerajaan juga mengambil kesempatan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari serangan pembangkang kerana menyokong dasar Bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga Hak Istimewa Orang Melayu dengan menjadikannya sebagai isu sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh disentuh lagi.
Terdahulu dari itu dalam Pilihanraya 1959, demi untuk mempertahankan MCA dari golongan pelampau yang keluar parti kerana mahukan Bahasa Cina turut dijadikan Bahasa Rasmi negara. Tunku telah meletak jawatan Perdana Menteri demi untuk memenangkan golongan Tun Tan Siew Sin yang tidak bersetuju dengan tuntutan ini yang melanggar sosial kontrak.
Bagaimanapun dalam pilihanraya nasional berikutnya terutama dalam pilihanraya 2008, MCA dan Gerakan bukannya mempertahankan social kontrak tetapi sebalikya bersaing dengan DAP untuk mengungkit pekara-pekara yang telah dipersetujui perlembagaan untuk menjadi lebih popular dikalangan orang China tetapi orang China sedar bahawa mereka hanyalah pak turut dan menolak MCA dengan teruknya dalam pilihanraya itu. Kita kehilangan majority dua pertiga.
TUN ISMAIL :”WE MAY AS WELL DISSOLVE THE MARRIAGE”
Tun Ismail telah pun berpesan jika kita tidak dapat mengekalkan persefahaman dalam isu yang telah dimetrikan sebagai sensitif isu dalam perlembagaan maka lebih baik kita bercerai.
Katanya. “If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue a relationship where we are all shy to live and afraid to die” (muka 236 Reluctant Politician).
Sejarah menunjukan bahawa kepimpinan Melayu sanggup untuk menentang dan mengkritik sentiment bangsanya sendiri sehingga Tunku sendiri menjadi korban tetapi tidak MCA dan MIC malah mereka menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ikhlas seperti Lee Kuan Yew dalam usaha membebaskan orang China Singapura dari pemikiran chauvanisme Cina yang tersemai menerusi Bahasa China.(Bersambung bhg ketiga)
(Bahagian Kedua dari ucapan Zainuddin Maidin merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa)
http://zamkata.blogspot.my/2016/11/orang-china-tak-pernah-rompak-rumah.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.