`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 28, 2017

Kenapa Ya Sesetengah Perokok Di Malaysia Kurang Ajar Sangat?

Oleh : Khairul Abdullah

Tengah bersarapan di dalam sebuah restoran tiba-tiba terbau asap rokok. Bukan bau rokok sebenarnya tetapi bau dari tembakau paip yang sungguh kuat dan tengit menyusup masuk ke rongga hidung. 

Sikap Perokok Di Malaysia
Gambar Oleh Google
Apatah lagi hidung sensitif anak-anak kecil lain yang sedang seronok bersarapan dengan ayah dan ibu masing-masing. Kelihatannya di sebuah meja yang dipenuhi lelaki-lelaki separuh abad sedang berdekah-dekah ketawa sambil mulut masing-masing dihiasi kepulan asap paip, rokok dan juga curut. 

Bercerita tentang golf, tentang bisnes, tentang kereta. Juga sekali sekala berbahas tentang jemaah, saf di masjid, tok imam tok bilal dan sebagainya. 

Mereka berkuasa untuk membuat keputusan ke atas segala. Mereka kedengarannya hebat dan seronok di dalam berbicara. Di dinding terpampang tanda larangan merokok. 

Perbualan Netizens Tentang Sikap Perokok
Bukan satu sahaja tetapi terdapat beberapa tanda larangan merokok yang boleh dilihat dengan jelas. Memandangkan ianya di dalam restoran dan bukannya di kawasan luar maka tanda larangan memang diletakkan sebagai makluman kepada pelanggan. Namun apakan daya. Lelaki-lelaki tadi adalah orang yang hebat-hebat belaka. 

Mereka bijak, mereka mewakili golongan yang berjaya. Masing-masing berkereta mewah, pakaian berjenama dan pastinya mereka adalah orang penting di dalam syarikat, orang penting di dalam komuniti dan juga orang penting di dalam jemaah masjid. Tiada yang berani menegur. 

Kelihatan ada juga pelanggan yang memberanikan diri mengadu kepada pemilik restoran agar menasihati pelanggannya. Pemilik restoran pun hanya mampu bertanya kembali kepada pengadu "Eh ada orang merokok ke?" sedangkan asap berkepul kelihatan dari depan kaunter di mana pemilik sedang berdiri. 

Mereka itu orang penting, mereka itu membawa bisnes kepada pemilik restoran. Mereka mampu membayar berapa sahaja harga yang diberikan malahan mampu untuk membayar untuk semua pelanggan lain yang sedang makan di restoran ketika itu. 

Teguran atau larangan yang mengguris hati kumpulan itu pasti memberikan impak yang buruk terhadap perniagaan pemilik restoran. 

Jadi beliau hanya mampu tersenyum dan bertanya kembali kepada pengadu tanpa berbuat apa-apa. Bagi pengadu yang tiada hak ke atas restoran tersebut, percubaan menegur sekumpulan lelaki yang hebat, dilihat akan membawa kepada kegurisan ego mereka dan mungkin juga akan memalukan mereka, apatah lagi di khalayak pelanggan yang semuanya memerhatikan perbuatan mereka tanpa boleh atau berani berbuat apa-apa. 

Jadinya, keluar dan beralah sahaja adalah lebih baik. Untunglah jadi mereka yang hebat, berpangkat, berharta dan disegani pula oleh ahli masyarakat. 

Mereka tidak perlu memikirkan pasal orang lain. Wang, pangkat dan harta boleh beli segalanya untuk mereka. Namun mereka silap. Akal, adab dan budi bahasa tidak boleh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.