`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 28, 2017

[VIDEO] Siapa Makhluk Yang Mengaku Akar-umbi PAS Ini & Bagaimana DIa Boleh Dilayan Baik Oleh PAS?

Akar umbi Pas Selangor desak Pas putus hubungan dengan PKR 

Sekumpulan orang yang mendakwa diri mereka akar umbi Pas Selangor menghantar memorandum kepada kepimpinan pusat bagi mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). 

Mereka menuntut Pas mengambil perhatian terhadap hubungan antara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai "duri dalam daging" serta "gunting dalam lipatan". 


"PRU14 (pilihan raya umum ke-14) hampir tiba. Sebagai petugas parti kami berasakan sudah sampai masanya Pas berdiri tanpa diganggu oleh parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau. 

"PKR juga wajar diambil perhatian kerena mereka ibarat duri dalam daging serta gunting dalam lipatan. 

"Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai," kata Nasiruddin Mohamed seperti dipetik Malaysiakini. 

Beliau mengetuai penyerahan memorandum di Pejabat Agung Pas semalam. 

Memorandum tersebut diterima Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang juga anggota parlimen Temerloh. 

Pada penyerahan memorandum itu juga kumpulan terbabit membawa sepanduk memaparkan wajah pemimpin utama Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Satu daripada sepanduk itu memaparkah wajah Lim Kit Siang dengan kata-kata: "Musuh Melayu/Islam (Rasis), manakala yang lain menggunakan gambar bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ayat iringan "Punca Rumah Tangga Aku Hancur".

Dua lagi sepanduk memaparkan wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dengan masing-masing bertulis "Kepala Perompak Negara" serta "Pengkhianat Parti".
 

Sementara itu Nasrudin yang ditemui pemberita berkara apa yang dibangkitkan oleh akar umbi Pas Selangor itu akan diputuskan dalam muktamar Pas pada April ini di Kedah. 

"Sememangnya Pas telah mempunyai satu keputusan yang jelas kita tidak ada lagi hubungan dengan DAP dan Amanah. 

"Ada pun parti-parti lain itu masih dalam perkiraan, pertimbangan dan penelitian teliti daripada pihak PAS terutamanya apa yang disebut presiden ia mungkin akan dibincangkan dalam muktamar PAS yang akan berlangsung pada 28 April depan," katanya. 

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sehingga kini Pas masih berbincang sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dan Bersatu atau tidak. 

"Bersatu ini parti baru yang belum ada apa-apa hubungan jadi kita tak boleh samakan dengan PKR yang kita dah meterai (kerjasamanya) lama dulu dan hanya perlu semakan untuk teruskan atau tidak. Itu terpulang kepada muktamar dan Majlis Syura Ulamak," katanya.-MD 



ULASAN GB 

Siap keluar dalam portal, akhbar dan TV, 

Satu perkara ialah banner yang bergantungan itu semua mencerca pemimpin pembangkang yang lain. 


Tun Mahathir, Muhyiddin, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu. Hairannya banner-banner mengutuk pemimpin pembangkang ini dibenarkan digantung di hadapan ibu pejabat PAS. Tak der banner Najib di situ. Najib mungkin dianggap bersih oleh 'akar-umbi" PAS berkenaan dan "direstui" oleh PAS? 

Dan viral di dalam media sosial orang yang mengaku sebagai akar umbi PAS itu sebenarnya sebelum ini telah berkali-kali muncul. Sekejap dia dengan PAS, sekejap dia dengan UMNO, sekejap dia dengan PKR dan sekejap dengan NGO. 


Apakah ini sandiwara beliau dan PAS semata-mata untuk mengutuk pemimpin pembangkang lain? Atau Nasruddin Hassan Tantawi memang tak tahu lansung latarbelakang orang yang mendakwa "akar-umbi PAS" itu? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.