`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 29, 2018

Pemimpin MCA sifatkan ahli parti tanding bebas ‘kanser teruk’

Ketua Pemuda Chong Sin Woon berkata parti perlu bertegas dan memecat terus ahli berkenaan bagi menjaga disiplin dalam parti.
Ketua Pemuda MCA mengumumkan 12 perkara dalam manifesto pilihan raya untuk Seremban.
SEREMBAN: Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon hari ini menyifatkan ahli-ahli parti yang bertanding sebagai calon bebas sebagai “kanser yang teruk”.
Beliau berkata parti perlu bertindak tegas dan memecat terus ahli berkenaan bagi menjaga disiplin dalam parti terutama ketika pilihan raya.
“Tiada pilihan kedua,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN Seremban hari ini.
Beliau menambah pemecatan Dr Kim Yak Hong dan Ting Choon Chai, yang bertanding sebagai calon bebas di DUN Puteri Wangsa, Johor, selaras dengan keputusan majlis tertinggi parti.
“Kita sudah ada keputusan: mana-mana ahli parti yang bertanding bukan di bawah tiket kita, akan kita pecat terus.”
Terdahulu, MCA memecat 7 ahli kerana bertanding sebagai calon bebas dan calon parti lawan berkuat kuasa hari ini.
Selain Ting dan Lim, Tee Boon Tsong dan Ng Yak Howe dari MCA Pulai dan Bakri bertanding sebagai calon DAP di DUN Senai dan Bentayan, Chin Kwai Heng dan Chin Kwai Leong dari MCA Batu Gajah bertanding sebagai calon Parti Sosialis Malaysia di DUN Tronoh dan Menglembu, dan seorang ahli MCA Bukit Mertajam bertanding sebagai calon PKR di DUN Kulim.
Chong berkata mana-mana ahli yang tidak terpilih sebagai calon sepatutnya menyokong calon pilihan parti.
“Yang bertanding ini adalah mewakili parti, bukan orang perseorangan,” katanya.
Terdahulu, Chong mengumumkan 12 perkara dalam manifestonya bagi merampas Seremban dari penyandangnya dari DAP Anthony Loke.
Beliau mahu meningkatkan pendapatan isi rumah melalui pendapatan kedua untuk kehidupan berkualiti, liputan internet berkelajuan tinggi di bandaraya Seremban, mempergiatkan perkembangan pelancongan setempat serta menjaga kebajikan dan memperkasa ibu tunggal.
Chong berkata sekiranya berjaya merampas Seremban, tawaran 100 hari yang akan dilakukan olehnya adalah membentuk sekretariat bertindak yang terdiri daripada kluster ekonomi, kebudayaan, isu tempatan Melayu, Cina, India, Orang Asli, warga emas, wanita dan orang muda. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.