`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 30, 2018

Esszone: Perintah berkurung dilanjut hingga 14 Ogos depan

Perintah yang meliputi perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh pengganas.
Perintah berkurung dilaksanakan bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan 7 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang ini akan dilanjutkan hingga 14 Ogos depan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan terbabit diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.
Menerusi kenyataannya di sini semalam, perintah yang meliputi perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan di sekitar.
Beliau berkata perintah berkurung itu juga bertujuan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.
Ramli berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi meneruskan kegiatan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Katanya perintah berkurung dilaksanakan bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.