`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, August 26, 2018

Khutbah fitnah PH: PAS saran Amanah kemuka bukti pada majlis agama

Tuan Ibrahim Tuan Man minta Amanah kemuka bukti PAS tuduh PH halalkan LGBT dalam khutbah hari raya kepada Majlis Agama Islam Kelantan.
SHAH ALAM: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Amanah Kelantan kemuka bukti PAS menuduh Pakatan Harapan “menghalalkan LGBT” dalam khutbah hari raya Aidiladha kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).
Timbalan presiden PAS itu berkata partinya tidak akan mengulas isu ini lagi sehingga pihak berkuasa membuktikan kebenaran dakwaan Amanah itu.
“Mereka perlu buktikan kepada Maik terlebih dahulu. Kita tidak akan beri kenyataan lagi,” katanya ketika ditemui di sidang media di ibu pejabat PAS Selangor hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan sentimen agama secara salah, selepas Amanah Kelantan dilapor berkata PAS melalui teks khutbah yang dikeluarkan Dewan Ulama PAS Kelantan menuduh PH bertanggungjawab “menghalalkan LGBT”.
Carian FMT di portal Maik tidak menemui teks khutbah hari raya Aidiladha yang dimaksudkan itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.