`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 29, 2019

Ku Li Sokong ROS Siasat UMNO

(Berita Harian) – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyiasat dan meneliti segala dokumen berkaitan perbelanjaan UMNO.
Tengku Razaleigh berkata, desakan haramkan UMNO tidak boleh dibuat secara terburu-buru dan perlu dibuktikan dahulu parti itu menerima wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Negara ini mengamalkan demokrasi, jadi kita harap mereka tidak menyalah guna kebebasan diberi oleh sistem demokrasi. Dia boleh buat petisyen atau laporan supaya ambil tindakan terhadap UMNO, tetapi UMNO tidak akan berdiam diri dan mesti mempertahankan segala tuduhan itu,” katanya selepas merasmikan Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Pejabat Pertubuhan Kebajikan Asnaf (PEKA) Gua Musang di Bandar Utama, di sini, semalam.
Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, UMNO negeri dan bahagian tidak bersalah dalam hal ini kerana menerima wang daripada saluran yang sah iaitu daripada Ibu Pejabat UMNO.
“Dari dulu lagi ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO, zaman Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan zaman Tunku Abdul Rahman, kita menerima wang daripada Ibu Pejabat UMNO dan kita tak tanya daripada mana sumber duit ini,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan ROS sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1MDB.
Ketua Pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima memorandum berkenaan termasuk yang diserahkan kepada ROS di beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Perlis.
Beliau berkata, penelitian terhadap memorandum dan dokumentasi berkenaan akan dibuat berdasarkan peruntukan serta bidang kuasa yang termaktub mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984.

1 comment:

  1. Kalau kita beli barang yg dicuri tetapi tdk tahu dan tdk tanya. Adakah barang itu sah disisi undang2 atau mesti dikembalikan apabila pencuri itu ditangkap dan diketahui barang itu ada pada pembeli? Fikir2 lah umno,mca dan yg lain2.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.